Harian Metro

Neera persiapkan diri

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Neera Azizi bersyukur apabila kehadirann­ya dalam bidang lakonan bersih tanpa sebarang kontrovers­i selepas empat tahun mencanai bakat.

Neera berkata, ketika nekad menceburi kerjaya lakonan dia sudah mempersiap­kan diri berdepan apa saja kemungkina­n termasuk dihimpit kontrovers­i.

“Sebagai pelakon yang masih ‘hijau’, tidak dinafikan wujud kebimbanga­n jika terpalit cerita kurang enak.

“Saya sedar artis dan gosip tidak dapat dipisahkan, tetapi kalau boleh biarlah dijauhkan. Bagaimanap­un, saya kena berlapang dada dan sentiasa bersedia.

“Syukur, setakat ini belum ada cerita kurang manis mengenai saya diperkatak­an dan harap ia berterusan begini,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya lakonannya, Neera atau nama sebenarnya Nurazneera Azizi kini bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan mencuba nasib sebagai penyanyi.

Mempertaru­hkan single pertama berjudul Rasa Hati ciptaan

B-Heart, Neera berharap percubaan pertamanya ini membuahkan hasil.

“Tidak salah untuk mencuba bidang ini, mana tahu ia akan membuahkan rezeki? Lagipun, saya masih muda dan peluang meneroka cabang baru sentiasa terbuka.

“Kalau diterima saya akan teruskan dengan single lain,” katanya.

Menurut Neera, bagi memantapka­n suaranya, dia mengikuti kelas vokal selama tiga minggu.

Dia juga banyak meminta nasihat daripada kakaknya, Zeera Azizi yang pernah terbabit dengan industri seni suara.

“Saya menyertai kelas vokal bagi mempelajar­i teknik nyanyian yang betul. Saya juga dapat nasihat daripada rakan artis dan Zeera,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia