Harian Metro

Lorelei Tidak Bangga Diri

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Lorelei Taron sama seperti isteri dan teman wanita pemain bola sepak lain yang mementingk­an kecantikka­n serta gemar mengambil gambar ketika melawat tempat-tempat menarik.

Ia dapat dibuktikan dalam laman sosial, Instagram apabila dia dilihat mengambil gambar di Monaco, Madrid dan Buenos Aires namun jika tidak melakukan aktiviti berkenaan, tugas hakikinya ialah seorang penyanyi profesiona­l.

Lorelei yang juga isteri kepada penyerang kelahiran Colombia, Radamel Falcao berusia 26 tahun dan terkenal dengan lagu bertajuk No Me Rendire.

Dia boleh disifatkan sebagai salah seorang isteri yang mempunyai pendapatan luar biasa kerana bukan saja bergantung kepada gaji suaminya, malah pekerjaann­ya juga mampu untuk membolehka­nnya berbelanja besar.

Sebelum ini ketika

Falcao baru tiba di Britain, Lorelei kelihatan memakai kasut tumit tinggi berduri dan berjalan bersama anak perempuan mereka Dominique Garcia Taron.

Falcao dan Lorelei melangsung­kan perkahwina­n mereka pada 2007, di mana ketika itu penyanyi yang mempunyai pertalian darah Jerman baru berusia 19 tahun.

Dua tahun kemudian dia menemani Falcao berkelana ke Eropah apabila yang berpindah dari kelab Argentina, River Plate ke FC Porto.

Pada 2011 kedua-dua mereka sekali berpindah dan kali ini ke Madrid, sekali gus karier Lorelei dalam bidang muzik juga berkembang dengan rancak.

Ketika Lorelei sedang mengandung­kan Dominique pada 2013, mereka sekali berpindah dan kali ini ke Monaco menjadi pilihan Falcao.

Britain adalah destinasi keempat buat pasangan berkenaan apabila mereka menetap di Cheshire, ketika Falcao mewakili Manchester United.

walaupun menjadi antara isteri pemain bola sepak berpendapa­tan tinggi, Lorelei tidak sombong malah dilihat lebih senang tanpa mengenakan sebarang solekkan dan meluangkan masa bersama anak perempuann­ya yang digelar ‘Mi Princesa’ (puteriku).

Lorelei juga sangat rapat bersama kedua-dua ibu bapanya, serta keluarga Falcao kerana sering memuatnaik gambar keluarga di Instagram.

 ??  ??
 ??  ?? Nama: Lorelei Taron Tarikh lahir:
17 Jun 1988
Tempat lahir: JardIn America, Argentina Tempat tinggal: Monaco, Perancis Karier: Penyanyi Bilangan Anak: 2
Nama: Lorelei Taron Tarikh lahir: 17 Jun 1988 Tempat lahir: JardIn America, Argentina Tempat tinggal: Monaco, Perancis Karier: Penyanyi Bilangan Anak: 2

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia