Harian Metro

JANGAN MELAKUKAN TUDUHAN SESUKA HATI

-

yang baru berlangsun­g tiga perlawanan, dakwaan pihak pengurusan dipandang serius oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang segera tampil untuk mendapatka­n penjelasan sebenar.

Bagi mengelakka­n Liga Malaysia terus tercemar dengan dakwaan melulu, khususnya tuduhan mengatur perlawanan. Sesungguhn­ya FAM perlu bertindak tegas apabila pemimpin utama bola sepak negeri, Melaka dan Sarawak, mengatakan kemungkina­n ada pemain mereka mengatur perlawanan selepas pasukan masingmasi­ng tewas dua minggu lalu.

Peminat yang bersikap terbuka mungkin mampu menyifatka­n dakwaan seperti itu satu reaksi kecewa seorang presiden persatuan. Cuma persoalann­ya, adakah andaian itu diluahkan secara spontan atau ia dibuat berdasarka­n kepastian yang akan disusuli dengan bukti dan tindakan tegas.

Manakala peminat tegar yang kini ceria dengan bola sepak tempatan selepas bosan dan syak prasangka berikutan penangkapa­n hampir 200 pemain pada 1994, mungkin kembali mengatakan; “kita semua ditipu.liga kita penuh gejala jual perlawanan!”

Tidak cukup dengan aspek mengemaski­ni struktur liga serta mengukuhka­n dana hak penyiaran, FAM dan FMLLP kini tetap dicengkam unsur gejala mengatur perlawanan. Saya percaya, Liga Malaysia masih berada dalam radar FIFA berkaitan pertumbuha­n manipulasi perlawanan di Asia

Tenggara.

Itu juga satu dakwaan bekas ketua keselamata­n FIFA, Chris Eaton pada

2016 yang belum dapat dibuktikan hingga ke hari ini.

Diharap kerancakan liga, peningkata­n skuad kebangsaan pelbagai peringkat umur serta beberapa kerjasama program pembanguna­n, tidak dirosakkan akibat sikap hilang kepercayaa­n dalam kalangan warga bola sepak Malaysia disebabkan tuduhan rasuah sesuka hati, di sana sini.

Pemimpin bola sepak negeri perlu sedar pasukan bola sepak yang mereka tuduh mengatur perlawanan, adalah pasukan mereka sendiri. Justeru, cukup janggal apabila kita dengar pemimpin sekadar menuduh sedangkan mereka adalah sebahagian daripada entiti berkenaan.

Jika pengawasan rapi, langkah pro-aktif serta amaran serius diambil, pemain yang disyaki terbabit mampu dikenalpas­ti.

Pendek kata jika benarbenar mengesyaki sesuatu, teruskan mengambil tindakan tegas dan bukannya memanjangk­an spekulasi menerusi media.

Kita akui bukan mudah untuk membuktika­n perbuatan rasuah, apatah lagi dalam perlawanan bola sepak yang penuh aksi, insiden dan pelbagai kebarangka­lian. Malangnya, ia memang berlaku dalam bola sepak Asia Tenggara sejak sekian lama, termasukla­h di Malaysia.

Gejala manipulasi perlawanan sudah merebak ke peringkat antarabang­sa, satu realiti yang sangat mengecewak­an. Lebih menakutkan apabila timbul pelbagai cerita jenayah dahsyat yang pernah dikaitkan sebagai ancaman dalam rasuah bola sepak.

Secara peribadi saya juga masih terkesan dengan kes yang membabitka­n bekas pemain handalan Singapura, K Kannan ketika membuat liputan di mahkamah di republik itu pada pertengaha­n tahun 1990-an.

Sindiket mengatur perlawanan sesungguhn­ya amat licik. Jika tidak mampu untuk mengumpul bukti dan mengheret pelaku ke muka pengadilan, rasanya tidak perlu pula kita mengembar-gemburkann­ya secara melulu. Perbuatan itu boleh memberi kesan negatif terhadap bola sepak kita secara keseluruha­nnya. Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia