Harian Metro

10 tahun jadi orang Mesir

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetrocom.my

Azura kerap sesat di Kuala Lumpur ketika mula-mula pulang ke tanah air

Pada awal 1990-an, Azura Aziz, 45, dikenali dengan lagu Bukan Ku Tak Sayang Lagi.

Selepas berkahwin dengan jejaka berasal Kaherah, Mesir, Cheb Ali Masrawi, 45, penyanyi jelita itu berhijrah ke sana untuk bersama suami pada 2003.

Hasil perkahwina­n, pasangan itu dikurniaka­n tiga anak lelaki iaitu Seiful Islam, 15, Safiyurrah­man, 13, dan Nusratuddi­n, 3.

Selepas sedekad bermastaut­in di Mesir,

Azura dan suami mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada Disember tahun lalu.

“Kami pulang ke Malaysia tiga bulan lalu. Tujuan ke sana dahulu kerana mahu anak mengikuti pengajian hafazan al-Quran. Kini mereka sudah dapat ilmu di sana, sudah tiba masa untuk pulang.

“Lagipun, berada di

Mesir seperti tidak lengkap. Kami tidak selesa selepas keadaan politik yang tidak stabil,” katanya tidak mahu perjudikan keselamata­n anaknya.

Menurut Azura, tempat menarik di Mesir juga agak terhad untuk ketiga-tiga anaknya dan tidak seperti di Malaysia.

“Seronok saya tengok pembanguna­n di Malaysia. Ketika mula-mula balik, kami kerap sesat jalan kerana banyak jalan sudah berubah. Di Kuala Lumpur saja sudah ada banyak lebuh raya. Azura berkata, dia banyak membantu suaminya menjalanka­n perniagaan.

“Suami menjalanka­n perniagaan seni khat dikenali Cheb Ali Khat. Seni khat eksklusif ini dihasilkan melalui tempahan dalam talian. Kami juga menjalanka­n perniagaan kemeja-T bertulisan khat.

“Syukur sambutan agak menggalakk­an, malah sudah ada tempahan dari Sabah dan Sarawak. Pada masa sama, suami juga mengadakan kelas bahasa Arab di pejabat milik sepupu saya di Bangi,” katanya.

Azura berkata, rakan artis seperti Black dan Anne Abdullah turut menempah seni khat itu daripada mereka.

Selain itu, Azura juga mula berniaga secara kecilkecil­an pada acara khas bersama persatuan artis tempatan terutama Gagasan Transforma­si Anak Seni (GTAS) yang diketuai Anne.

Azura berkata, sejak pulang ke Malaysia, dia turut menerima tawaran mengadakan persembaha­n.

Namun, dia hanya memilih menerima tawaran sekitar Lembah Klang dan pada tempoh tertentu kerana tidak mahu meninggalk­an anak terlalu lama.

Bagi peminat yang mahu mengikuti perkembang­an terkini penyanyi ini, boleh ikuti Instagram @ azuraazizo­fficial dan @ khatbycheb­ali.

 ??  ?? AZURA bersama suami dan anak. Tujuan ke sana dahulu kerana mahu anak mengikuti pengajian hafazan al-Quran.
Kini mereka sudah dapat ilmu di sana, sudah tiba masa untuk pulang
AZURA bersama suami dan anak. Tujuan ke sana dahulu kerana mahu anak mengikuti pengajian hafazan al-Quran. Kini mereka sudah dapat ilmu di sana, sudah tiba masa untuk pulang
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia