Harian Metro

Laluan ke pentas besar

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Buat pertama kali Astro Ceria menghimpun 18 peserta daripada empat program realiti untuk bersaing dalam program realiti baru, Ceria Megastar.

Barisan peserta terdiri daripada juara dan finalis program pencarian bakat cilik popular tanah air Ceria Popstar, Ceria All Stars, Ceria i-Star dan Bintang Kecil.

Semua peserta berkenaan adalah penyanyi dalam kalangan terbaik yang terpilih menerusi sesi uji bakat tertutup.

Ceria Megastar turut menyuntik elemen Nusantara apabila menampilka­n peserta dari Indonesia, Syifa yang juga juara Ceria i-Star 2017.

Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak dan Remaja Astro Ceria Marissa Hanafi berkata, penerbitan program realiti itu sebagai laluan untuk bakat cilik beraksi di pentas besar.

“Peserta dipilih berdasarka­n persembaha­n ditampilka­n sewaktu sesi uji bakat termasuk beberapa faktor antaranya aura seni,” katanya.

Marissa berkata, Astro Ceria mahu menghargai bakat anak seni tempatan dan melahirkan nama baru hebat yang boleh mengharumk­an nama negara.

“Program realiti ini bukan sekadar menampilka­n peserta menyanyi tetapi ada dalam kalangan mereka turut mahir dalam bercerita, bermain alat muzik, seni lukisan dan seni mempertaha­nkan diri,” katanya.

Persembaha­n peserta akan dinilai oleh dua juri tetap iaitu pengacara tersohor tanah air Datuk Aznil Nawawi dan pelawak Johan.

Aznil ketika ditemui pada sidang media Ceria Megastar berkata, cara persembaha­n peserta di pentas akan diutamakan.

“Mereka perlu ada magik ketika persembaha­n dan tahu cara memukau juri serta penonton,” katanya.

Menurut Aznil, peserta dianggap sudah ada keyakinan diri dan berani beraksi di pentas besar.

Sebagai permulaan, semua peserta akan dibahagika­n kepada tiga kumpulan dan hanya lapan penyanyi terbaik akan dipilih ke peringkat seterusnya.

Dari segi pemarkahan pula, peserta akan dinilai sepenuhnya oleh barisan juri sehingga pusingan separuh akhir.

Di peringkat final, 50 peratus markah daripada juri, 30 peratus menerusi undian dalam talian dan selebihnya daripada SMS penonton.

Setiap persembaha­n mingguan akan menampilka­n seorang selebriti sebagai juri undangan.

Pelawak, pengacara dan pelakon terkenal, Nabil Ahmad akan menggalas tugas sebagai pengacara program.

Ceria Megastar akan bersiaran pada setiap Jumaat, mulai 2 Mac ini, jam 9 malam di Astro Ceria.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia