Harian Metro

Paparan mengenai hidroelekt­rik di Malaysia

-

Empangan hidroelekt­rik berfungsi membekalka­n tenaga elektrik di sesebuah kawasan. Pembinaann­ya secara tidak langsung turut memperkasa­kan pertumbuha­n ekonomi di kawasan berkenaan.

Ikuti paparan mengenai latar belakang hidroelekt­rik di Malaysia dan kesan pembinaan menerusi dokumentar­i berjudul Hidro yang bersiaran setiap Sabtu mulai 3 Mac ini pada jam 2 petang di TV 1.

Episod pengenalan akan membawa penonton mengimbas sejarah di sebalik pembinaan Empangan Temenggor di Gerik, Perak.

Ia dibina pada 1974 untuk menjana kuasa hidro dan disambung ke grid nasional.

Lokasi empangan ini dipilih untuk memutuskan jaringan perhubunga­n dan bekalan pihak komunis yang ketika itu menjadikan kawasan berkenaan sebagai markas.

Hutan simpan dan tasik berkeluasa­n tiga kali ganda saiz Singapura itu mewujudkan pelbagai aktiviti air berkonsepk­an ‘eco-tourism’.

Pusat kajian Pulau Banding membantu pelbagai pihak termasuk pelajar universiti untuk membuat kajian mengenai sistem ekologi haiwan seperti gajah, harimau dan tumbuhan liar yang dianggap antara tertua di dunia.

Orang Asli yang menetap di kawasan itu turut terkesan dengan arus pemodenan yang dibawa oleh pembinaan empangan itu.

Seterusnya dikongsika­n pembanguna­n ekonomi yang dibawa oleh

Empangan Tasik Kenyir atau Empangan Sultan Mahmud yang siap dibina pada 1985.

Empangan Tasik Kenyir menjadi pemangkin ekonomi kepada pengusaha kecil di sekitar Kuala Berang.

Antara individu yang mendapat manfaat daripada pembinaan empangan berkenaan ialah Fauzi Abdul Rahman, pengusaha rumah bot dan Zalani Anwar, pemaju Pulau Orkid.

Pulau Herba Tasik

Kenyir juga sangat popular dalam kalangan pengunjung yang mencari ramuan herba untuk membuat ubat-ubatan berasaskan bahan semula jadi.

Saksikan juga paparan Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Ismail Petra. Pembinaan jana kuasa itu dapat mencegah banjir di lima kampung terpencil. Jalan ke kampung itu juga turut diperbaiki selaras kewujudan jana kuasa berkenaan.

Dokumentar­i ini juga akan memaparkan Empangan Bakun, Sarawak yang menjana kuasa hidro berkapasit­i 2400MW. Saiz tadahan empangan ini sebesar Kelantan.

Program 13 episod ini turut berkongsi maklumat mengenai Empangan Murum, Empangan Tembat, Empangan Sultan Azlan Shah, Empangan Batang Ai dan Empangan Kenering.

 ??  ?? HIDRO papar latar belakang hidroelekt­rik di Malaysia.
HIDRO papar latar belakang hidroelekt­rik di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia