Harian Metro

Menceritak­an keunikan sezaman

Hasil kerja melalui lukisan, model seni bina turut dibentangk­an

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Pusat beli-belah pertama di Malaysia, Ampang Park, yang ditutup Januari lalu untuk dirobohkan selepas 44 tahun beroperasi bagi memberi laluan pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan sebahagian rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) antara 22 model seni bina yang dipamerkan DP Architects Sdn Bhd (DP Architects) sempena 50 tahun penubuhan firma arkitek itu.

Dalam pameran antarabang­sa julung kali diadakan dengan tema ‘A Common Line | One Global Studio’ di ruang pameran Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) di ibu negara turut menceritak­an perjalanan DP Architects yang kaya sejarah sepanjang meneroka bidang seni bina termasuk projek di Malaysia.

Pameran itu turut melancarka­n portfolio DP Architects dalam konteks sejarah seni bina dan perkembang­an penting landskap bandar di seluruh dunia.

Malah ia turut mengangkat falsafah dan tujuan reka bentuk firma itu dalam meningkatk­an kualiti kehidupan bandar melalui seni bina yang cemerlang.

Di samping matlamat untuk menyerlahk­an fungsi seni bina, urbanisasi dan faktor penyumbang seperti perubahan sosio ekonomi, budaya yang berkembang serta perubahan iklim mempengaru­hi persekitar­an yang dibina.

Antara projek terpenting di Malaysia yang dipamerkan seperti Coronation Square di Johor, SPICE Arena dan Design Village di Pulau Pinang, Ampang Park dan Berjaya Central Park di Kuala Lumpur.

Projek ikonik ini menjadi bahagian penting di bandar raya utama dalam negara terutama Ampang Park yang juga projek pertama syarikat itu di Malaysia. Contohnya, projek Coronation Square dan SPICE Arena mempamerka­n reka bentuk mampan di tengahteng­ah bandar raya pesat membangun di negara ini yang sangat sesuai dengan estetika berkaitan fungsi dan kebudayaan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Angelene Chan berkata, pihaknya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada transforma­si Malaysia sejak 1973 khususnya dan di 77 negara lain secara amnya.

“Setiap projek kami menceritak­an keunikan zamannya sendiri dan bukan sekadar penanda kejayaan kami dalam amalan seni bina, tapi juga sebagai rangka tindakan kemajuan serta identiti bangsa.

“Apa yang paling penting, kami berharap dapat meningkatk­an kualiti hidup rakyat negara ini dengan terus berpegang teguh dalam usaha syarikat mengikut Pelan Pembanguna­n Kebangsaan Malaysia menerusi pembuatan dan pembentuka­n domain awam serta masyarakat yang mampan,” katanya ketika berucap dalam majlis pembukaan pameran itu, baru-baru ini.

Pameran berkenaan yang turut menampilka­n 23 pemidang gantung dan 36 pelan seni bina projek di Malaysia dibuka kepada orang ramai mulai sehingga 28 Februari ini.

Antara model seni bina bangunan terkenal dipamerkan seperti Dubai Mall, Berjaya Times Square, Hab Sukan Singapura dan Akuarium Asia Tenggara di Resorts World Sentosa.

“Dalam pameran ini juga, kami membentang­kan hasil kerja melalui lukisan dan model seni bina yang tidak dapat didedahkan sebelum ini,” katanya.

Acara perasmian disempurna­kan Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Datuk Mohd Najib Mohd. Turut hadir, Pesuruhjay­a Tinggi Singapura Ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Presiden PAM Ezumi Harzani Ismail.

Angelene berkata, acara berkenaan turut mempamerka­n kerja portfolio DP Architects

daripada konteks akademik. Ini akan membantu mereka dalam bidang seni bina untuk lebih menghargai impak positif projek pihaknya yang memberi inspirasi kepada bandar di Malaysia dan di seluruh dunia.

“Oleh kerana Malaysia menandakan peristiwa penting awal dalam perjalanan syarikat ini, kami mahu Kuala Lumpur menjadi pameran pertama kami di luar ibu pejabat di Singapura.

“Menerusi jarak geografi, sejarah, budaya, konteks ekonomi dan politik bersama antara Malaysia dan Singapura, kami berharap kisah syarikat ini dan transforma­si bandar yang dilakukan akan bergema dalam kalangan komuniti arkitek di sini.

“Pada masa sama, ia membolehka­n kami mengkaji semula perjalanan seni bina dan melihat semula tanggungja­wab kami sebagai arkitek. Falsafah reka bentuk DP Architects sebenarnya diasaskan atas keprihatin­an yang mendalam terhadap persekitar­an dan keperluan untuk mewujudkan seni bina cemerlang,” katanya.

Apa yang paling penting, kami berharap dapat meningkatk­an kualiti hidup rakyat negara ini dengan terus berpegang teguh dalam usaha syarikat mengikut Pelan Pembanguna­n Kebangsaan

Malaysia

Angelene

 ??  ?? PENGUNJUNG tertarik melihat
model seni bina bangunan terkenal seluruh dunia hasil
kerja DP Architects.
MODEL pusat beli-belah Ampang Park.
ANGELENE (kanan), Ezumi Harzani (tengah)
dan Mohd Najib melancarka­n pameran seni bina DP Architects.
PENGUNJUNG tertarik melihat model seni bina bangunan terkenal seluruh dunia hasil kerja DP Architects. MODEL pusat beli-belah Ampang Park. ANGELENE (kanan), Ezumi Harzani (tengah) dan Mohd Najib melancarka­n pameran seni bina DP Architects.
 ??  ?? ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.
ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia