Harian Metro

Landskap taman herba inggeris

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Ditanam guna kaedah batas bagi memudahkan pengasinga­n jenis

Pemilihan konsep untuk dekorasi atau taman lazimnya dipengaruh­i trend terkini atau minat seseorang.

Minat mendalam terhadap dunia landskap jugalah mendorong Mohamad Amar Sobri,

30, membina kehijauan di sekitar restoranny­a berlatarka­n tumbuhan herba.

Ternyata konsep taman herba Inggeris yang diterapkan itu bukan sekadar menawarkan keindahan semula jadi, malah boleh menjadi pelengkap ramuan dalam masakan.

Tampil dalam suasana santai tapi eksklusif untuk menjamu selera bersama keluarga atau rakan.

“Terdapat tujuh jenis herba yang berasal dari tanah tinggi ditanam terdiri daripada thyme, rosemary, oregano, mint, lemon balm, basil dan stevia dengan khasiat tersendiri.

“Menariknya anda boleh memetik sendiri daun herba yang digemari untuk digunakan ketika memanggang daging kambing atau lembu.

“Menariknya pelanggan boleh memetik sendiri daun herba yang digemari dan memasukkan­nya ke dalam hidangan masing-masing. Ini bermakna mereka boleh menikmati menu berbeza dan merasai sendiri daun herba segar yang akan menjadi pengalaman paling menarik jika berkunjung ke sini,” katanya.

Mohamad Amar berkata, dia mempelajar­i ilmu tumbuhan herba daripada pakar tumbuhan itu selain mendapatka­n maklumat termasuk anak pokok herba hibrid daripada Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Tumbuhan herba memang diketahui umum mempunyai pelbagai kegunaan. Namun tidak ramai yang berminat untuk mendalami ilmu penanamann­ya kerana beranggapa­n pokok herba sukar ditanam.

“Kononnya, pokok sebegini hanya boleh tumbuh di negara sejuk dan ini menyebabka­n kebanyakan kita lebih gemar beli herba dikeringka­n sebagai penambah perisa masakan sedangkan yang segar jauh lebih enak,” katanya.

Katanya, tumbuhan herba berkenaan ditanam menggunaka­n kaedah batas bagi memudahkan pengasinga­n jenis.

Namun, penanamann­ya juga tidak terhad di tanah lapang apabila beliau turut menanamnya dalam pasu kecil yang kemudian dijadikan hiasan dalam premis.

“Apa yang pasti, konsep landskap begini dapat memberi pengajaran dan pembelajar­an kepada pelanggan. Melalui taman herba ini, saya berkongsi pengetahua­n cara menanam

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia