Harian Metro

CANTIKNYA ASRAMA KAMI!

-

Projek komuniti ceriakan 35 kanak-kanak Rumah

Kebajikan Pertubuhan Baitul Mahabbah

Malaysia-SingapuraB­runei, Gareth McGeown berkata, pihaknya gembira dapat menyumbang kepada komuniti terutama kanakkanak dengan kolaborasi rakan korporat lain iaitu Akzo Nobel.

“Kami gembira dapat melakukan sesuatu untuk komuniti iaitu menerusi projek keceriaan yang dilihat boleh memberikan kesan positif dan memperbaik­i mutu kehidupan kanak-kanak di Pertubuhan Baitul Mahabbah.

“Projek komuniti ini direalisas­ikan menerusi sokongan hebat rakan perniagaan, pelanggan dan pembekal yang membantu kami mengumpul dana pada kejohanan golf berkenaan.

“Hari ini pula Akzo Nobel sanggup menaja cat bagi memastikan projek komuniti ini berjaya dilaksanak­an,” katanya.

Malah, kerjasama erat dibuktikan sepenuhnya apabila sukarelawa­n Coca-Cola Malaysia dan Akzo Nobel bertungkus­lumus mengecat semula dinding rumah kebajikan berkenaan.

Selain itu, mereka menghasilk­an lukisan mural di bilik kanak-kanak dan mengecat pagar di luar asrama berkenaan.

Pada masa sama mereka turut membersihk­an persekitar­an luar asrama berkenaan, menggantik­an langsir, memasang kabinet dan meja belajar serta melakukan kerja pembaikan.

Ketika kerja pengubahsu­aian dijalankan, 35 kanakkanak yang mendiami rumah kebajikan itu berusia enam hingga 12 tahun, bersama empat penjaga dibawa melawat Petrosains dan Taman Burung Kuala Lumpur.

Wakil Pertubuhan Baitul Mahabbah, Noraini Yaakob berkata, sumbangan diterima dianggap sebagai hadiah paling berharga buat seisi penghuni rumah kebajikan itu.

“Kanak-kanak begitu seronok apabila diraikan dan diberi peluang melawat tempat menarik begini. Sejurus tiba di rumah kebajikan, jelas tergambar pada wajah anak-anak kami yang teruja melihat bangunan bercat baru, perabot baru dan segalagala­nya nampak segar. Ia memberikan kegembiraa­n berganda kepada mereka ,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Akzo Nobel, Indra Laban berkata, pihaknya gembira dengan kerjasama terjalin dengan CocaCola Malaysia dalam menjayakan projek komuniti terbabit.

“Kami gembira dapat bekerjasam­a dengan Coca-Cola Malaysia dalam menjayakan projek komuniti ini.

“Kanak-kanak adalah harapan masa depan kita dan kami ingin memberikan sokongan kepada mereka bagi mengembang­kan potensi.

“Selain memberikan inspirasi untuk lebih kreatif, positif dan ceria melalui warna,” katanya ketika berucap bagi mewakili pihak pengeluar cat dari Belanda itu.

 ??  ?? GAMBAR kenangan dirakam selepas selesai kerja pengubahsu­aian.
GAMBAR kenangan dirakam selepas selesai kerja pengubahsu­aian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia