Harian Metro

RUANG TERHAD

-

perabot dan harga.

“Kebanyakan penghuni membeli perabot mengikut cita rasa sehingga kediaman sesak akibat terdapat lebih satu perabot yang memiliki fungsi sama dalam satu ruang atau saiz perabot besar menyebabka­n ruang rumah menjadi sempit.

“Malah, ada yang gemar membeli perabot dengan kualiti rendah berikutan harga murah, tetapi perabot berkenaan tidak tahan lama dan cepat rosak menyebabka­n pembelian perabot berulang dalam tempoh pendek.

“Perabot berkualiti rendah biasanya bertahan beberapa bulan sehingga setahun sahaja. Kerap membeli perabot menyebabka­n pengguna mengeluark­an kos yang lebih,” katanya.

Katanya, penggunaan warna selamat atau warna polos seperti perang, perang gelap, kelabu, putih salji, krim vanila dan putih gading digalakkan kerana trend penggunaan warna itu tidak pernah lapuk, sekali gus menjimatka­n berikutan tidak perlu menukar konsep dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.

Ruang dimanfaatk­an semaksimum mungkin dan antara caranya adalah memilih perabot yang ekonomi atau dengan kata lain pelbagai guna, kompak, minimalis dan boleh dialih ke mana sahaja supaya sesuai dengan keluasan kediaman yang kecil.

“Penggunaan perabot ekonomi bukan saja menjimatka­n ruang, bahkan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penghuni. Contohnya, di ruang tamu yang kecil lebih padan untuk diletakkan sofa tunggal berbanding set sofa konvension­al dengan tempat duduk 3+2+1.

“Pelbagai jenis sofa mengikut bentuk yang boleh dipadankan dengan ruang seperti sofa katil yang sangat popular di bandar, tempat duduk pundi kacang yang boleh diubah lokasi dan kerusi malas yang penyandarn­ya boleh dilaraskan.

“Bagi kerusi rehat (wing chair) pula rekaannya yang malar hijau membolehka­n penggunaan yang meluas termasuk kerusi untuk pelamin. Sofa penyimpana­n selain digunakan sebagai bangku boleh dijadikan tempat menyimpan barang,” katanya.

Chong berkata, penggunaan perabot ekonomi juga antara jalan terbaik bagi menyelesai­kan masalah ruang yang terhad. Perabot yang dipasarkan menerusi platform belibelah dalam talian Shopee memenuhi elemen fungsi dalam keperluan ruang terhad apabila ia juga boleh bertukar sebagai sofa untuk tempat tidur tambahan.

Bahkan, konsep berkenaan menjadi kekuatan bagi Viva Houz sebagai pusat perabot yang menawarkan produk mesra ruang dan gaya hidup moden dalam memenuhi selera pengguna yang semakin pelbagai.

 ??  ?? SOFA penyimpana­n menjimatka­n ruang sebagai tempat duduk dan
simpan barang.
SOFA penyimpana­n menjimatka­n ruang sebagai tempat duduk dan simpan barang.
 ??  ?? SOFA katil boleh dilipat untuk duduk dan tempat tidur tambahan sesuai kediaman sempit.
SOFA katil boleh dilipat untuk duduk dan tempat tidur tambahan sesuai kediaman sempit.
 ??  ?? KERUSI malas juga boleh digunakan sebagai tempat tidur tambahan kerana penyandar yang boleh
diturunkan.
KERUSI malas juga boleh digunakan sebagai tempat tidur tambahan kerana penyandar yang boleh diturunkan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia