Harian Metro

SERLAH POTENSI BELIA TEMPATAN

- FatinFarha­na Japre

52 penuntut UPM jayakan D’Trick di Kampung Orang Asli Sungai Melut

Seram ai pembanguna­n dan pendidikan bersama komuniti itu.

Pengarah program Raja Nursaidatu­l Shuhada Raja Sulaiman berkata, program ini amat membantu mengukuhka­n jalinan kerjasama penuntut

UPM dalam merencana program pembanguna­n komuniti yang menekankan aspek pendidikan dewasa dan penyerlaha­n potensi golongan belia Orang Asli.

“Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan bagi mencapai objektif utama program ini. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik bersama komuniti Orang Asli disusuli seminar Wacana Peluang Kedua Meneroka Pendidikan Dewasa yang disampaika­n Dr Mohd Mursyid Arsyad.

“Selain itu, banyak lagi aktiviti yang kami anjurkan bersama mereka antaranya anyam daun ketupat, bola tampar belon, boling kelapa, kilauan bakat, pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah.

“Kedatangan kami ke sana disambut dengan baik dan masyarakat Orang Asli sangat ramah, sentiasa bersedia menyertai segala aktiviti yang kami anjurkan sepanjang program berlangsun­g,” katanya.

Katanya, pelaksanaa­n program itu menambah pengetahua­n dan peluang kepada orang dewasa Orang Asli untuk maju di samping mendedahka­n golongan belianya supaya menjadi dewasa yang holistik.

“Kami dapat lihat pelaksanaa­n program ini selari dengan objektif utama yang ditekankan menerusi maklum balas mereka.

“Menurut penduduk Orang Asli di sana, aktiviti menganyam daun ketupat sudah menjadi kebiasaan dalam komuniti mereka.

“Oleh itu, kami memberi penghormat­an kepada dua wakil Orang Asli untuk menunjukka­n cara menganyam daun ketupat kepada peserta yang bertanding.

“Bagi acara bola tampar belon pula kami menggunaka­n belon yang berisi air menggantik­an bola.

“Lebih menarik, peserta hanya boleh membaling atau menyerah bola kepada ahli pasukan masingmasi­ng menggunaka­n kain batik.

“Acara seterusnya, boling padang kami menggunaka­n botol mineral menggantik­an pin boling dan pasukan yang berjaya menjatuhka­n pin paling banyak dinobatkan sebagai juara,” katanya.

Katanya, aktiviti diteruskan dengan acara Kilauan Bakat yang sangat sinonim dengan masyarakat Orang Asli. Menariknya acara ini, peserta diberi peluang mendedahka­n bakat, sekali gus meningkatk­an keyakinan diri masing-masing.

“Peserta hanya diberi lima minit untuk menyanyika­n lagu 60-an yang disediakan penganjur. Sementara itu, kami turut menganjurk­an pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak.

“Malah sebagai tanda penghargaa­n atas layanan baik komuniti mereka, kami menyediaka­n cabutan bertuah, cenderahat­i dan makanan.

“Namun masa berlalu dengan pantas dan kami bertolak pulang ke UPM sekitar jam 2 petang. Banyak pengalaman manis yang kami lalui sepanjang berada di sana dan berpendapa­t peserta juga berjaya meningkatk­an kemahiran komunikasi dan pembinaan komuniti.

“Saya berharap program ini dapat memberi kesedaran dan motivasi kepada peserta mengenai kepentinga­n silaturahi­m, persaudara­an, pembelajar­an secara amali, tanggungja­wab dan kebajikan kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? PESERTA bergambar
kenangan dengan komuniti Orang Asli.
PESERTA bergambar kenangan dengan komuniti Orang Asli.
 ??  ?? AKTIVITI Volley Baloon bersama orang asli.
AKTIVITI Volley Baloon bersama orang asli.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia