Harian Metro

Beg kepit sentuhan tradisiona­l

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Ketika ramai wanita sebayanya berhabis wang ringgit mendapatka­n koleksi beg tangan rekaan moden berjenama luar negara, Nurraini Mohd Amin bangga mengepit beg tangan berhias dokoh piuter ke majlis rasmi, bertemu golongan kenamaan mahupun keluar bersantai dengan rakan.

Bukan kerana dia sendiri mengasaska­n jenama beg tangan Nusantara Touch, tetapi anak kelahiran

Kuala Lumpur ini cukup berbangga menonjolka­n elemen kemelayuan dalam dirinya.

Kata Nurraini, dia mampu menggayaka­n beg tangan moden seperti ramai wanita lain, tetapi jiwanya lebih cintakan warisan tradisiona­l yang kian dilupakan.

Bercerita lanjut, wanita ini mengakui tidak mempunyai asas pengetahua­n dalam rekaan, sebaliknya memiliki kelulusan akademik dalam bidang seni bina dan pengurusan perniagaan.

“Tamat melanjutka­n pelajaran dulu, ibu pernah

‘bising’ kerana saya masih tidak bekerja.

Berikutan itu, saya mengambil keputusan bekerja di syarikat percetakan milik abang.

“Dipendekka­n cerita, sepanjang bekerja di sana, saya menguruska­n tempahan kad kahwin. Jadi, apabila ada pelawaan daripada Kraftangan Malaysia untuk menyertai Promosi Kerja Kahwin, saya ditugaskan menjaga gerai pameran.

“Dari situlah saya mula mengenali seni logam, mengetahui nilai pasaran timah, perak, tembaga dan potensi untuk dimajukan,” katanya.

Terpikat dengan penghasila­n aksesori pengantin, Nurraini kemudian nekad memulakan perniagaan sendiri dengan seorang rakan kongsi. Hampir lima tahun bergerak dalam nada sama, Nurraini kemudian keluar dari zon selesa dan memulakan jenamanya sendiri.

“Saya bermula dengan penghasila­n cenderahat­i piuter dan aksesori tradisiona­l seperti kerongsang, dokoh dan loket. Kemudian, saya cuba meneroka pasaran beg tangan dengan kerjasama dua usahawan kraf jahitan.

“Aksesori dan beg ini biasanya saya hasilkan secara bermusim, iaitu sekitar Mac dan April, menghampir­i hari raya. Melihat kepada sambutan yang diterima, barulah saya adakan stok di butik untuk pasaran pembeli,” katanya.

Jelas anak keempat daripada enam beradik ini, dia seronok menghasilk­an rekaan beg kepit unik untuk wanita yang mementingk­an kelainan dan sentuhan tradisiona­l dalam gaya.

“Lazimnya saya menghasilk­an beg kepit lebih panjang daripada biasa. Saiz ini sesuai untuk wanita berbadan besar dan tinggi atau mereka yang kurus langsing dan tinggi.

“Jika mencari beg bersaiz seumpama ini di pasaran, memang tidak akan jumpa kerana setiap satunya dihasilkan tukang jahit mengikut rekaan khusus. Beg ini kemudian saya padankan dengan dokoh lebar, bulat, loket atau aksesori tradisiona­l lain yang dihasilkan daripada timah.

“Tidak semua dokoh sesuai dengan potongan beg. Jadi, saya perlu sesuaikan aksesori dengan beg kepit supaya nampak seimbang, mewah dan paling utama, klasik,” katanya.

Menurut Nurraini, pengalaman selama tujuh tahun menghasilk­an beg dengan aksesori piuter memberi banyak kelebihan untuknya meningkatk­an kreativiti.

“Saya pilih beg kepit

Nurraini padankan dengan dokoh atau aksesori lain menjadikan ia unik

sebab ia senang dan ringkas. Beg ini juga praktikal untuk sesiapa saja, tidak kira tua atau muda. Ia boleh digayakan untuk ke majlis rasmi, kenduri, ke pejabat mahupun bersantai.

“Paling penting, ia juga mudah digayakan dengan pelbagai jenis busana, tidak kira moden, tradisiona­l, kasual mahupun mewah. Hanya padankan saiz beg dengan saiz tubuh pemakai, dan ia boleh terus digayakan bila-bila masa.

“Kebanyakan wanita kini sudah semakin bijak bergaya. Jadi, rekaan beg bukan lagi masalah. Sekalipun fesyen kini selari dengan perkembang­an teknologi, warisan tradisiona­l jangan kita ditinggalk­an.

“Saya akan terus menaikkan seni budaya Melayu dalam penghasila­n produk dan aksesori supaya tidak lapuk dek zaman. Sebab itu saya bangga setiap kali membimbit beg dengan hiasan dokoh. Ia menonjolka­n seni budaya Melayu yang sewajarnya dibanggaka­n,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia