Harian Metro

SERLAH PESONA IBU

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kerap kali ibu menyusu mengeluh kerana sukar mencari pilihan blaus ringkas yang bukan saja mudah untuk penyusuan bayi, tetapi selesa biarpun terpaksa melayan kerenah si manja di khalayak umum.

Meskipun banyak potongan fesyen untuk ibu menyusu di pasaran, namun tidak semuanya praktikal digayakan ke pejabat atau ketika keluar bersantai bersama keluarga serta teman.

Berbeza dengan baju menyusu inovasi selak dan suap Bondamilk. Jenama hangat di pasaran ini menawarkan pelbagai pilihan koleksi baju menyusu antaranya Ummi Luxe, Ummi Aisya, Ummi Basic dan yang terkini, Ummi Teja serta Ummi Zahra.

Menurut pengasas jenamanya, Hajar Syafiqah Hadzir, koleksi Ummi

Pilihan koleksi baju menyusu

dengan potongan sopan dan menutup

aurat

diberikan perincian pelapik dalam yang menggunaka­n bukaan tengah, manakala Bonda pula memiliki bukaan bentuk V seperti leher kimono di bahagian dalam blaus.

Katanya, Bondamilk sendiri membawa dua makna berbeza dan saling berkait antara satu sama lain. Bond-amilk bermaksud ikatan penyusuan, manakala bonda milk pula bererti susu bonda atau ibu.

“Jika dilihat pada setiap koleksi, semua potongan yang disediakan cukup sopan, menutup aurat dan mampu menyembuny­ikan bentuk tubuh. Malah, rekaannya tidak kelihatan seperti baju menyusu.

“Ia sesuai digayakan semua wanita tidak kira sama ada mereka mempunyai bentuk tubuh kurus ataupun besar kerana pilihan saiz yang disediakan juga bermula daripada XS hingga XXL,” katanya.

Jelas Hajar, beliau komited menghasilk­an baju menyusu yang sopan dan kelihatan seperti pakaian normal. Ini kerana tidak semua wanita selesa dengan potongan baju menyusu yang secara ketara menampakka­n fungsinya.

“Ummi Luxe umpamanya, rekaan baju ini lebih trendy

 ??  ?? KOLEKSI Ummi untuk wanita menyusu. MUDAH untuk penyusuan di tempat terbuka.
KOLEKSI Ummi untuk wanita menyusu. MUDAH untuk penyusuan di tempat terbuka.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia