Harian Metro

Alternatif tudung tradisiona­l

-

Sejak terhasilny­a tudung prototaip untuk atlet awal tahun lalu, pereka Nike terus meraih perhatian dunia. Keadaan itu langsung berlawanan dengan situasi semasa apabila ramai masih meletak persepsi negatif terhadap Muslimah bertudung.

Bagi jenama gaya hidup terkenal ini, tiada yang lebih penting daripada membantu ramai atlet mengatasi setiap cabaran mereka dalam arena sukan masing-masing. Oleh itu, pertemuan diadakan dengan atlet terkemuka untuk mendapatka­n penjelasan berhubung masalah yang dihadapi ketika membuat persediaan setiap kali kejohanan.

Pelbagai isu dibangkitk­an termasuk berkaitan pemakaian tudung tradisiona­l untuk sukan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Dari situlah pereka mula meletakkan komitmen untuk mencipta prototaip hijab sukan.

Tudung prototaip awal itu diberi kepada beberapa individu termasuk atlet angkat berat Amna Al Haddad dan peluncur ais, Zahra Lari yang masingmasi­ng dari Emiriah Arab Bersatu untuk diuji pakai ketika beraksi dalam sukan.

Selain itu, Nike juga memberikan tudung sama kepada atlet di Timur Tengah iaitu pelari, Manal Rostom, jurulatih Kelab Nike Run di Dubai dan peninju Jerman, Zeina Nassar.

Semua maklum balas prestasi dan pendapat daripada atlet dikumpul untuk merealisas­ikan Nike Pro Hijab.

Ternyata setiap atlet kembali dengan pelbagai input berbeza, namun majoritiny­a mereka mahu memiliki pakaian sukan yang lebih ringan, lembut dan selesa.

Untuk itu, kumpulan pereka meneruskan kajian cara menghasilk­an tudung prestasi yang tidak terlalu menonjol, namun masih mengekalka­n fungsi dan manfaat terbaik untuk atlet.

Lebih banyak helaian prototaip dihasilkan dan ia mendapat sambutan menggalakk­an. Beberapa pengubahsu­aian dibuat untuk menyesuaik­an saiz kepala dan bentuk muka.

Pereka akhirnya berjaya menentukan saiz kepala mengikut ukuran XS hingga L sebelum uji kaji Nike Pro Hijab selesai. Bagi kebanyakan atlet yang mencuba helaian inovasi ini, Nike Pro Hijab dianggap lebih daripada pakaian prestasi.

Menurut Rostom, tudung sukan itu memberi semangat dan inspirasi buat dirinya dalam mencapai sasaran lebih tinggi dan jarak jauh. Wanita itu jelas berpuas hati dengan keselesaan Nike Pro Hijab ketika melakukan persiapan untuk ke Maraton New York.

“Saya percaya koleksi ini akan memberi lebih banyak inspirasi kepada gadis di seluruh dunia untuk mengejar impian dan cita-cita mereka dalam arena sukan antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Lari berkata, Pro Hijab adalah simbol kekuatan. Jenama itu dianggap memberi peringatan jelas kepada wanita bahawa mereka boleh mencapai apa saja di dunia.

“Apa yang dilakukan Nike untuk atlet Muslim adalah impian yang tidak pernah kami fikir akan terlaksana,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PRAKTIKAL dan ringkas digayakan.
PRAKTIKAL dan ringkas digayakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia