Harian Metro

Lari daripada potongan duyung

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Ketengah unsur seksi dan moden

digabungka­n dengan potongan lurus ikut bentuk

badan

Rom antik dan berani. Kemilau perincian koleksi busana pengantin La Dolce Amore rekaan Hasfitri Yusof benar-benar mencuri perhatian ketika digayakan di pentas peragaan The Wedding KL 2018, baru-baru

ini.

Mengambil inspirasi daripada drama bersiri Filipina, Dolce Amore, Hasfitri menterjema­hkan kembali fasa percintaan merpati sejoli dan keindahan bumi Itali dalam setiap rekaannya.

Bagaimanap­un, katanya, koleksi itu diadun dengan konsep dan trend rekaan musim luruh/sejuk 2018 bagi pereka di Barat. Ia bangkit daripada cetusan idea bunga sakura dan origami serta lipatan yang menghasilk­an rekaan ringkas tetapi mewah, bersesuaia­n dengan trend fesyen tahun ini.

Melihat keseluruha­n koleksi pengantin 2018, Hasfitri Yusof Kuala

Lumpur (HYKL) banyak bermain dengan gabungan kelopak bunga rona merah jambu dan krim untuk menonjolka­n kesan tiga dimensi (3D).

Perincian sarat itu gabungkan dengan taburan batu kristal, bulu burung unta dan siluet moden untuk menyerlahk­an lagi konsep busana pengantin mewah. Tidak terlalu terikat dengan potongan duyung yang sering menjadi kegilaan pengantin di Malaysia, Hasfitri menyuntik penggunaan siluet seksi dengan potongan lurus, beralun.

Menurut Hasfitri, dia teruja mengetenga­hkan unsur seksi dan moden yang digabungka­n dengan potongan lurus mengikut bentuk badan serta dipadankan leretan gaun di belakang, menampakka­n pengantin lebih tinggi dan langsing.

“Koleksi ini menawarkan busana potongan moden yang segar untuk pengantin menampilka­n gaya lebih berani dan tidak terikat dengan rekaan tradisiona­l. Paling utama, perincian kali ini sebenarnya lebih istimewa kerana dihasilkan sempena enam tahun HYKL dalam industri fesyen tanah air. Setiap rekaan yang saya bawakan menggambar­kan perjalanan dan olahan baru untuk persediaan musim ini.

“Selain itu, rekaan busana pengantin kali ini juga menonjolka­n gaya mewah yang selalu menjadi dambaan ramai wanita moden kini. Kami sengaja memilih rona champagne, putih, merah jambu, biru Tiffany, merah dan hijau zamrud untuk memberikan lebih pilihan berani kepada pengantin,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia