Harian Metro

TRAGEDI PILU

- Amniera Naziera Amran news@nstp.com.my

Hampir sebulan kehilangan anak sulung yang rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Tebongon, di sini, Siti Sarta Mohd Azmi, 26, mengakui belum mampu menjalani kehidupan tanpa insan tersayang itu.

Malah, empat lagi anaknya turut merasai kehilangan kakak Siti Halaidah Abdullah, 7, yang sering menolong ibunya menjaga empat adiknya yang lain termasuk menukar lampin adik bongsunya.

Dalam kejadian 26 Januari lalu, Siti Halaidah, anak sulung daripada lima beradik ditemui rentung berhampira­n pintu keluar di tingkat bawah rumah dua tingkat didiami keluargany­a dalam keadaan masih memeluk beg sekolah.

Ibunya pula melecur 50 peratus pada badan selepas nekad meredah api dan masuk ke rumah yang terbakar untuk mencari Siti Halaidah.

Siti Sarta ketika ditemui di rumah saudaranya di sini berkata, walaupun masih belum pulih sepenuhnya, dia kuatkan semangat kerana harus menyara empat anaknya yang lain berusia dua hingga enam tahun.

“Saya sangat sedih kerana tidak berkesempa­tan melihat jenazah Siti Salaidah dikebumika­n kerana ketika itu menerima rawatan di hospital selama tiga hari.

“Sehingga kini, saya tak mampu melupakan apa yang berlaku hingga trauma, terutama apabila melihat tapak rumah yang terbakar.

“Kalau boleh tak mahu lalu lagi di situ,” katanya yang sendirian menjaga anak selepas suami hilang tanpa khabar berita sejak dua tahun lalu.

Siti Sarta berkata, selepas tragedi itu, seminggu sekali dia akan menziarah

Seisi keluarga masih tangisi kehilangan anak sulung dalam kebakaran

kubur anaknya itu dengan ditemani bapanya, Mohd Azmi Raji, 51, dan ibu, Roslinda Mohd Ipang, 49.

Dia juga bersyukur kerana semakin sembuh dan kini kesan melecur pada badannya sudah hampir 60 peratus pulih, cuma tinggal pada bahagian bahu dan tangan sahaja.

“Selama ini, saya tunggu suami pulang ke pangkuan kami sekeluarga sehinggala­h Siti Halaidah pergi buat selamanya. Saya berjanji akan menjaga anak-anak ini dengan baik walaupun tanpa suami,” katanya yang sebelum ini bekerja di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu dengan upah RM500 sebulan.

Sementara itu, Roslinda berkata, hancur hatinya setiap kali melihat kawasan kebakaran kerana masih ada serpihan buku tulis milik cucunya.

“Pada 2 Februari lalu, kami sekeluarga beli kek dan gaun inspirasi animasi ‘Frozen’ sebagai tanda memperinga­ti pemergian Siti Halaidah yang sebelum ini berhajat memakainya pada ulang tahun kelahirann­ya,” katanya.

 ?? FOTO ?? Siti Halaidah ditemui rentung dalam
kebakaran 26 Januari lalu SITI Sarta terlantar akibat melecur 50 peratus dalam
kejadian kebakaran di Kampung Tebongon.
FOTO Siti Halaidah ditemui rentung dalam kebakaran 26 Januari lalu SITI Sarta terlantar akibat melecur 50 peratus dalam kejadian kebakaran di Kampung Tebongon.
 ??  ?? ROSLINDA masih sedih ketika menjejakka­n kaki ke tapak rumah yang terbakar.
ROSLINDA masih sedih ketika menjejakka­n kaki ke tapak rumah yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia