Harian Metro

Siasat pemilik FB fitnah menteri

-

Polis Sarawak kini giat mengumpul maklumat bagi mengesan pemilik Facebook (FB) yang memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak sedang bekerjasam­a rapat dengan Bukit Aman.

Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan, namun siasatan akan terus dijalankan.

“Polis memandang serius tindakan fitnah yang dilakukan individu terbabit kerana ini bukan pertama kali insiden sama berlaku ke atas menteri berkenaan.

“Tiada sebarang kompromi kepada mereka yang didapati melakukan kesalahan ini kerana ia mampu mengundang suasana tidak harmoni selain bertentang­an dengan adab masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Pesuruhjay­a Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, semalam.

Polis kini menyiasat kes ini sebagai fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, pemilik FB menggunaka­n nama Lie Willes menggunaka­n akaun palsu untuk memfitnah Nancy minggu lalu.

Baru-baru ini, pemilik FB berkenaan memuat naik status yang dikatakan menyamakan Nancy sebagai seorang pelacur.

Kenyataan berkenaan beberapa kali dimuat naik di laman sosial dipercayai bermotifka­n politik dan memfitnah Ahli Parlimen itu.

Keperitan dilalui 245 keluarga mangsa banjir di daerah ini antara Oktober hingga Disember lalu, sedikit terubat apabila menerima bantuan wang ihsan RM500 sempena Majlis Penyampaia­n Bantuan Bencana Negara Daerah Tuaran di Dewan Majlis Daerah Tuaran (MDT) di sini, semalam.

Ia disampaika­n oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor.

Penerima bantuan, Saadiah Mat Dan, 51, berkata, dia terharu terpilih menerima sumbangan itu.

Dia yang mempunyai empat anak dan lapan cucu dan berasal Kampung Indai di sini berkata, banjir menyebabka­n dia menanggung kerugian selepas banyak perabot rumahnya rosak dan dihanyutka­n air.

“Ketika bencana, kami sekeluarga dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka dan menginap di

 ??  ?? AMER (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada anggota polis.
AMER (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia