Harian Metro

Penantian 50 tahun terjawab

-

Bau: Selepas 50 tahun menunggu, guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siniawan di Kampung Kandis Lama, kini lega selepas impian memiliki blok pentadbira­n dan bilik sains baru akhirnya menjadi kenyataan.

Projek yang dilaksanak­an melalui kaedah Sistem Binaan Industri (IBS) dengan peruntukan RM2.3 juta itu dirasmikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, semalam.

Manyin berkata, majlis penyerahan kunci bangunan baru itu amat bermakna buat warga sekolah berkenaan kerana mengakhiri episod guru dan murid yang sebelum ini terpaksa mengajar dan belajar dalam blok yang usang.

Katanya, bangunan baru yang berjaya disiapkan dalam tempoh 49 hari itu mekal bilik guru, bilik sains dan bilik kelas tahun enam.

“Pembinaan bangunan baru melalui IBS ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk meningkatk­an kemudahan di sekolah yang dikategori­kan daif.

“Kita yakin dengan ada- nya kemudahan yang kondusif seperti ini, semua guru dan murid akan lebih bermotivas­i untuk memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Manyin mendedahka­n 415 sekolah dikategori­kan sebagai daif kritikal di seluruh negeri banempatka­n dibina baru.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan sekolah daif kritikal itu akan menggunaka­n peruntukan RM1 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2018.

“Rekod Jabatan Pendidikan Sarawak menunjukka­n ketika ini ada 1,020 sekolah di negeri ini dikenal pasti berstatus daif, dengan 415 berada dalam kategori kritikal dan memerlukan pembinaan segera,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata, beliau yang mewakili warga sekolah dan penduduk setempat amat menghargai penyediaan kemudahan berkenaan.

“Kalau diikutkan, sudah lama kami mahu mendapatka­n bangunan baharu, tetapi berkat kesabaran semua pihak impian untuk memiliki fasiliti itu akhirnya menjadi realiti,” katanya.

 ??  ?? BANGUNAN baru yang siap dibina di SK Siniawan di Kampung Kandis Lama.
BANGUNAN baru yang siap dibina di SK Siniawan di Kampung Kandis Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia