Harian Metro

Sabah tulen bukan perkauman

-

Kota Kinabalu: Parti Warisan Sabah (Warisan) diselar kerana membuat tuduhan tidak berasas berhubung ucapan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang didakwa berbaur perkauman pada majlis sempena Tahun Baru Cina.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi berkata, tuduhan pemimpin parti itu antara lain merujuk kepada ungkapan ‘Sabah tulen’ seperti disebut Anifah dalam ucapannya pada majlis berkenaan tidak berunsur perkauman.

“Saya merujuk kepada laporan polis Setiausaha Agung Warisan Loretto J Padua dan kenyataan dalam beberapa ceramah Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony terhadap Anifah.

“Tuduhan perkauman dibuat dalam laporan polis Loretto nyata tersasar sekali. Selepas mendengar video asal ucapan Datuk Anifah di majlis makan malam Tahun Baru Cina di Hotel Le Meridien pada 9 Februari lalu, ternyata tiada sepatah perkataan perkauman disebut.

“Datuk Anifah ada menyebut, tidak kira apa kaum sekali pun dipilih untuk memerintah Sabah, yang penting dia adalah Sabah tulen. Saya tidak lihat apa-apa elemen perkauman dalam istilah Sabah tulen.

“Apa yang jelas boleh difahami, konteks istilah Sabah tulen yang dimaksudka­nnya merujuk kepada warganegar­a yang sah dan mereka asal-usulnya dari Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Raimie berkata, pihaknya bimbang tindakan pemimpin Warisan membangkit­kan isu perkauman akan menimbulka­n polemik politik, sekali gus mengganggu emosi kaum dan memberi kelebihan undi kepada parti tertentu.

 ??  ?? RAIMIE
RAIMIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia