Harian Metro

BINA 706KM LEBUH RAYA

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Kira-kira 25 juta tan batu agregat diperlukan bagi menyiapkan keseluruha­n pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah fasa satu, sepanjang 706 kilometer (km).

Berikutan itu, syarikat rakan penyampaia­n projek berkenaan, Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) semalam memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan Persatuan Pemilik Kuari Sabah (SQOA) bagi memastikan bekalan batu untuk projek itu mencukupi.

MoU itu ditandatan­gani Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif BHP Shahelmey Yahya bagi pihak BHP, manakala SQOA diwakili presidenny­a Datuk Wong Chen Kiong.

Wong memberi jaminan keperluan bahan asas membina jalan raya itu mencukupi berdasarka­n 40 kuari yang beroperasi di seluruh negeri dengan keupayaan mengeluark­an 18 juta tan batu agregat setahun.

“Semua 25 ahli persatuan ini memberi jaminan mampu memenuhi keperluan batu untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo memandangk­an 25 juta tan yang diperlukan itu adalah untuk tempoh tiga tahun pelaksanaa­n projek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani MoU itu, di sini, semalam.

Wong berkata, jika ada keperluan pihaknya akan melihat kemungkina­n mendapatka­n kebenaran kerajaan untuk membuka kuari baru di lokasi jajaran Lebuhraya Pan Borneo.

Sementara itu, Shahelmey berkata, sebelum berjumpa SQOA, pihaknya bimbang projek mega itu berdepan masalah kekurangan batu agregat yang mewakili antara 25 peratus hingga 30 peratus kos pembinaan lebuh raya berkenaan.

“Jumlah batu yang diperlukan sangat banyak dan ini adalah projek tunggal pertama memerlukan keperluan batu yang sangat tinggi di Sabah.

Meterai MoU bekalan keperluan bahan asas siapkan jalan raya

“Namun, berdasarka­n jaminan SQOA untuk membekalka­n jumlah batu mencukupi dan berkualiti, kita yakin projek ini tidak berdepan masalah bahan binaan sepanjang tempoh pelaksanaa­nnya,” katanya.

Beliau berkata, keperluan batu yang tinggi itu turut menawarkan sehingga 15,000 peluang pekerjaan seperti pemandu lori mengangkut batu dan pekerja kuari di seluruh negeri.

Berkaitan perkembang­an pelaksanaa­n projek itu, Shahelmey berkata, setakat ini lima pakej laluan iaitu di Sipitang, Papar, Tawau, Lahad Datu dan Tawau masih di peringkat kerja tanah untuk mereka bentuk jajaran.

 ??  ?? SHAHELMEY (dua dari kanan) bersama Wong (tiga dari kiri) pada Majlis MoU antara Borneo Highway PDP Sdn Bhd dengan SQOA di Kota Kinabalu.
SHAHELMEY (dua dari kanan) bersama Wong (tiga dari kiri) pada Majlis MoU antara Borneo Highway PDP Sdn Bhd dengan SQOA di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia