Harian Metro

Tarik rakan niaga dalam Dialog Sarawak

-

Kuching: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes dijangka menjadi penceramah utama pada program ‘Dialog Sarawak’, selama tiga hari, di sini, mulai Isnin ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Dialog Sarawak, Adrian Jerome berkata, Tony akan menyampaik­an ucaptama bertajuk

sejurus upacara pelancaran oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Beliau berkata, tokoh korporat itu antara individu berpengaru­h dan terkemuka yang akan berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk teknologi digital, pendidikan, kesihatan dan pelanconga­n.

“Penceramah lain pada program berkenaan termasuk Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo, Pengarah Urusan 500 Startups, Silicon Valley, Amerika Syarikat (AS) Khailee Ng, CEO Neurosky Inc AS Stanley Yang serta CEO Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros.

“CEO Kumpulan Ace EdVenture Anne Tham, CEO Kumpulan Business Technovise Internatio­nal Pte Ltd Singapura Tan Chee Peng dan Pengasas Integratio­n Xperts Umair Azam,” katanya pada taklimat media sempena penganjura­n program itu, di sini, semalam.

Menurutnya, penganjura­n program ‘Dialog Sarawak’ menjadi landasan terbaik untuk membantu Sarawak muncul negeri ekonomi maju berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2030.

“Idea menganjurk­an Dialog Sarawak tercetus dua tahun lalu selepas tamatnya dialog pemimpin baru Asia yang diadakan di ibu negara.

“Dialog ini diadakan bagi mencapai matlamat Sarawak muncul sebagai negeri maju seterusnya meletakkan negeri ini di peta dunia dan menarik individu serta syarikat terkemuka bekerja rapat dengan rakan niaga di negeri ini,” katanya.

Adrian berkata, program Dialog Sarawak bertuah kerana ramai penceramah dalam kalangan individu yang terkenal dan dihormati dalam perniagaan sanggup membantu untuk membawa Sarawak mencapai kemajuan sosioekono­mi berkelas dunia.

“Sebab itu, kami memastikan program ini membabitka­n peserta kalangan sektor awam dan swasta dari negeri ini,” katanya.

Barisan ahli panel sepanjang dialog itu pula terdiri daripada CEO Sarawak Biodiversi­ti Centre Dr Yeo Tiong Chia, Pengasas dan CEO New Savvy Singapore Anna Vanessa Haotanto, dan Ketua Strategik Pakatan Digital Kumpulan Maybank Jasmine Ng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia