Harian Metro

MURID BERTEMPIAR­AN SEKOLAH BERASAP

Dua blok bangunan kayu SK Sentosa musnah dalam kebakaran

- Abdul Rahemang Taiming am@hmetro.com.my

Dua blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa di sini, musnah dalam kebakaran, tengah hari semalam.

Pada kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, kebakaran memusnahka­n pejabat, bilik guru, pusat sumber, dewan mini, bilik agama Islam, bilik skim pinjaman buku teks (SPBT) dan beberapa kelas tahun satu hingga tahun tiga.

Tiada murid dan guru dilaporkan cedera kerana sebahagian besar mereka sudah pulang selepas sesi persekolah­an berakhir pada jam 11.20 pagi.

Kejadian itu bagaimanap­un menyebabka­n ratusan murid sesi petang SK Batu 4 yang terletak bersebelah­an SK Sentosa, bertempiar­an lari berikutan asap tebal serta api yang marak membakar kedua-dua bangunan kayu berkenaan.

Saksi kejadian, Rosdiana Mala, 41, yang juga pembantu tadbir di SK Sentosa, berkata ketika kejadian sebahagian besar murid dan guru sudah pulang.

“Ketika kejadian, saya berada di pejabat sebelum nampak asap hitam di ruang pejabat disusuli jeritan murid menyebabka­n saya bersama beberapa guru dan kakitangan sekolah keluar menyelamat­kan untuk diri.

“Api merebak dengan cepat dan tidak sampai 30 minit, dua blok bangunan kayu sekolah ini musnah sama sekali,” katanya.

Guru Besar SK Sentosa, Sofiah Mohd Ali berkata, sekolah itu ketika ini menumpang sebelah blok SK Batu 4 dan sepatutnya mereka akan berpindah ke tapak baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabota di sini, mulai 5 Mac ini.

“Walaupun sedih kerana banyak peralatan dan barangan berharga termasuk komputer riba, dokumen serta fail pentadbira­n musnah akibat kebakaran, saya tetap bersyukur kerana semua murid dan guru selamat,” katanya.

Sekolah itu mempunyai 139 murid, 23 guru serta tiga kakitangan bukan mengajar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tawau, Sharudi Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.28 tengah hari.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan 19 anggota bersama empat jentera yang tiba di lokasi pada jam 12.40 tengah hari.

“Api berjaya dikawal pada jam 1.07 tengah hari dan bomba juga dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke sebuah lagi bangunan kayu sekolah berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN persekitar­an SK Sentosa
yang terbabit dalam kebakaran.
KEADAAN persekitar­an SK Sentosa yang terbabit dalam kebakaran.
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran di SK Sentosa, Tawau.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di SK Sentosa, Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia