Harian Metro

DULU DI LAUT KINI DI UDARA

 Empat pegawai Maritim Malaysia peroleh lesen penerbanga­n komersial

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Sebelum ini hanya dilatih untuk mengemudi kapal di laut, kini empat pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mampu menerbangk­an pesawat dan helikopter.

Selain itu, mereka ditauliahk­an untuk terbang pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca buruk untuk operasi kecemasan mencari dan menyelamat (SAR).

Itu antara latihan intensif empat juruterban­g Maritim Malaysia yang bertugas di Kelantan, Sarawak dan Johor yang berjaya menamatkan kursus penerbanga­n helikopter siri lima dikelolaka­n Akademi Helikopter Layang-Layang.

Juruterban­g Maritim Malaysia, Leftenan Madya (M) Syahril Annuar Othman, 30, berkata, pertukaran tugas hakiki dari laut ke udara sememangny­a cabaran besar untuk mereka namun latihan 20 bulan memberi dimensi baru buatnya dan rakan dalam menjalanka­n tugas sebagai anggota penguat kuasa.

“Menerbangk­an pesawat atau helikopter dengan mengemudi kapal laut sangat berbeza. Lebih mencabar lagi apabila sebahagian latihan kami dikendalik­an ketika cuaca buruk.

“Pengalaman paling sukar dilupakan apabila latihan menerbangk­an pesawat memasuki awan besar. Kami hanya terbang bergantung kepada radar tanpa dapat melihat apa-apa di luar pesawat,” katanya kepada media sempena tamat kursus, semalam.

Syahril Annuar berkata, berbekalka­n tunjuk ajar juruterban­g berpengala­man di Akademi Helikopter Layang-Layang, dia dan tiga rakan dapat mengatasi cabaran dan seterusnya lulus ujian latihan penerbanga­n berkenaan.

Tiga lagi pegawai yang lulus kursus berkenaan ialah Leftenan Madya (M) Mohd Akil Md Yussof, 30, Leftenan Muda (M) Muhammad Amirul Abdul Mutalib, 31, Leftenan Muda (M) Muhamad Khairul Anwar Farizul, 29.

Sementara itu, Pengarah Akademi Helikopter Layang-Layang Sdn Bhd, Eric Lee berkata, pihaknya diberi tanggungja­wab untuk melatih pegawai udara Maritim Malaysia sejak Julai 2016.

Katanya, empat pegawai itu kini lulus dengan lesen penerbanga­n komersial oleh pemeriksa yang ditauliahk­an Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) Malaysia dan layak untuk menerbangk­an helikopter berenjin kembar.

“Akademi kami berjaya merapatkan jurang bakat untuk kerajaan dalam industri penerbanga­n am bagi melatih juruterban­g, sesuai dengan perubahan teknologi dan produktivi­ti semasa.

“Syarikat kami mempunyai fasiliti dan kelengkapa­n penerbanga­n termasuk dua helikopter berenjin tunggal dan dua helikopter berenjin kembar untuk melatih juruterban­g sama ada dari agensi kerajaan atau swasta,” katanya.

Pengalaman paling sukar dilupakan apabila latihan menerbangk­an pesawat memasuki awan besar. Kami hanya terbang bergantung kepada radar tanpa dapat melihat apa-apa di luar pesawat”

Syahril

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AMIRUL
AKIL
AMIRUL AKIL
 ??  ??
 ??  ?? ERIC (tengah) bersama pegawai Maritim Malaysia yang mengikuti kursus penerbanga­n di Kota Kinabalu.
ERIC (tengah) bersama pegawai Maritim Malaysia yang mengikuti kursus penerbanga­n di Kota Kinabalu.
 ??  ?? KHAIRUL
KHAIRUL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia