Harian Metro

GIAN CHAKOROI

Ubat batuk dijadikan ramuan khas chakoroi ganti dadah

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

> Ubat batuk yang dijual secara terbuka disyaki punca utama kepada penyalahgu­naan ubatan itu yang dijadikan ramuan khas bagi menghasilk­an apa yang dipanggil chakoroi. Ia adalah hasil campuran air ketum, minuman berkarbona­t dan ubat batuk yang kini menjadi kegilaan penagih air ketum menggantik­an pengambila­n dadah, lapor Skuad Khas Harian Metro

Psyabu tetapi lama-kelamaan rakan kenalkan saya pula dengan chakoroi.

“Kesan chakoroi lagi ‘power’...‘stim’ (khayal) lain macam. Rasa pun sedap sebab ada campuran ubat batuk, ketum dan air minuman berkarbona­t berbanding air ketum biasa yang pahit. Kos menghasilk­annya pula murah,” katanya.

Ditanya adakah kedai menjual secara terbuka chakoroi itu, dia dengan tegas menafikann­ya.

Katanya, di Kedah, Perlis dan Perak dalam pengetahua­nnya banyak kedai menjual air ketum biasa saja.

“Chakoroi ini selalunya kaki lalok macam kami sendiri yang buat, bukannya boleh dibeli di kedai. Kadangkala ada premis (kedai jual ketum) sediakan untuk kaki lalok tetapi mereka tidak jual sebaliknya belanja saja. Ini mungkin dikira sebagai promosi,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, bagaimana boleh mendapatka­n ubat batuk yang dijadikan ramuan utama dengan mudah, individu itu mendakwa mereka membelinya di farmasi.

“Mudah saja bang, dekat farmasi banyak jual. Kadangkala kami beli banyak pun tidak ditanya. Tetapi, ada juga farmasi yang memang minta tulis nombor kad pengenalan bila beli ubat batuk,” katanya yang selalu membeli ubat batuk di farmasi sekitar Jitra, Kedah.

Bagi memastikan dakwaan berkenaan, wartawan Skuad Khas Harian Metro melakukan tinjauan sekitar Jitra, Kedah dan mendapati beberapa farmasi turut menjualnya dengan mudah.

Ada juga farmasi yang mengarahka­n pembeli merekodkan nombor kad pengenalan untuk rujukan mereka dalam buku disediakan.

Selain di Kedah, tinjauan pembelian ubat batuk turut dilakukan di beberapa premis di ibu kota mendapati hasilnya tetap sama, ia dijual dengan mudah.

Apa yang menarik perhatian wartawan adalah di sebuah farmasi di Shah Alam, Selangor yang mana kami boleh membeli ubat batuk sekurang-kurangnya 10 botol seorang.

Semakan wartawan mendapati, pengambila­n ubat batuk saja mampu menyebabka­n ketagihan dan memberikan kemudarata­n kepada pengambiln­ya.

Pengambila­n ubat batuk mengandung­i dihydrocod­eine yang berlebihan akan memberi kesan mengantuk serta mengurangk­an tahap aktiviti mental, rasa pening, mual dan seterusnya muntah.

Jika diambil berulang, ia menyebabka­n seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukan­nya setiap hari selain mampu menyebabka­n kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadama­n (zat makanan tidak mencukupi) dan buah

pinggang.

 ??  ??
 ??  ?? enjualan ubat batuk secara terbuka di farmasi terutamany­a di utara Semenanjun­g dipercayai antara punca utama kepada penyalahgu­naan ubatan berkenaan yang dijadikan ramuan khas bagi menghasilk­an chakoroi.
Chakoroi adalah hasil campuran air ketum, minuman berkarbona­t dan ubat batuk yang kini menjadi kegilaan penagih air ketum dan ‘kaki lalok’ bagi menggantik­an pengambila­n dadah.
Tinjauan dan penyamaran wartawan Skuad Khas Harian Metro di sekitar ibu kota, Shah Alam, Selangor dan Jitra, Kedah mendapati ubat batuk mengandung­i dihydrocod­eine boleh dibeli dengan mudah di farmasi, ada sehingga 10 botol untuk seorang pelanggan.
Pengambila­n chakoroi dikatakan mampu menghilang­kan ketagihan penagih dadah yang sebelumnya mengambil syabu, heroin ataupun ganja namun turut memberikan kesan khayal kepada pengambiln­ya.
Seorang penagih minuman itu yang enggan dikenali berkata, dia sudah mengambil chakoroi sejak tiga tahun lalu.
“Saya sebelum ini selalu ambil syabu tetapi harganya mahal menyebabka­n saya cuba cari alternatif lain. Apabila air ketum mula ‘meletup’ di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak saya pun cubalah.
“Air ketum dijual sekitar RM2.50 hingga RM3.50 sebungkus. Pada mulanya ia memang berkesan untuk menghentik­an ketagihan
MINUMAN BERKARBONA­T
enjualan ubat batuk secara terbuka di farmasi terutamany­a di utara Semenanjun­g dipercayai antara punca utama kepada penyalahgu­naan ubatan berkenaan yang dijadikan ramuan khas bagi menghasilk­an chakoroi. Chakoroi adalah hasil campuran air ketum, minuman berkarbona­t dan ubat batuk yang kini menjadi kegilaan penagih air ketum dan ‘kaki lalok’ bagi menggantik­an pengambila­n dadah. Tinjauan dan penyamaran wartawan Skuad Khas Harian Metro di sekitar ibu kota, Shah Alam, Selangor dan Jitra, Kedah mendapati ubat batuk mengandung­i dihydrocod­eine boleh dibeli dengan mudah di farmasi, ada sehingga 10 botol untuk seorang pelanggan. Pengambila­n chakoroi dikatakan mampu menghilang­kan ketagihan penagih dadah yang sebelumnya mengambil syabu, heroin ataupun ganja namun turut memberikan kesan khayal kepada pengambiln­ya. Seorang penagih minuman itu yang enggan dikenali berkata, dia sudah mengambil chakoroi sejak tiga tahun lalu. “Saya sebelum ini selalu ambil syabu tetapi harganya mahal menyebabka­n saya cuba cari alternatif lain. Apabila air ketum mula ‘meletup’ di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak saya pun cubalah. “Air ketum dijual sekitar RM2.50 hingga RM3.50 sebungkus. Pada mulanya ia memang berkesan untuk menghentik­an ketagihan MINUMAN BERKARBONA­T
 ??  ?? CHAKOROI dihasilkan menggunaka­n minuman berkarbona­t, ubat batuk dan air ketum.
CHAKOROI dihasilkan menggunaka­n minuman berkarbona­t, ubat batuk dan air ketum.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia