Harian Metro

SHURI ADORA CUIT MARVEL

Lukisan watak Black Panther dihasil pereka grafik tempatan dimuat naik di Instagram rasmi Marvel

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Usaha seorang pereka grafik tempatan berkarya berbaloi apabila syarikat produksi filem gergasi Amerika Syarikat (AS), Marvel Entertainm­ent memuat naik lukisannya itu di Instagram rasmi mereka, kelmarin.

Adora Chloe George, 28, yang berpangkal­an di sini berkata, dia tidak menyangka lukisan watak Shuri daripada filem terbitan Marvel, Black Panther yang dilukisnya itu dipilih Marvel untuk dimuat naik dalam Instagram mereka.

Menurut Adora, dia melukis watak Shuri itu secara suka-suka saja.

Ketika menonton filem itu pada 13 Februari lalu, saya sangat tertarik dengan watak Shuri yang lucu, nakal dan sinis. Jadi, saya mengambil keputusan untuk melukis watak itu walaupun awalnya mahu melukis watak Okoye terlebih dulu.

“Memang tidak sangka langsung Marvel pilih lukisan itu padahal niat asal memang mahu berkongsi karya saya saja. Saya tidak ‘tag’ Marvel langsung pun cuma letakkan tanda pagar #blackpanth­er #blackpanth­erfanart,” katanya.

Menurut Adora, dia mengetahui perkara itu keesokanny­a sebaik melihat notis daripada beberapa pengikutny­a di media sosial.

“Sebaik bangun tidur, seperti biasa saya memeriksa dan membaca setiap notis di media sosial.

Beberapa pengikut di Twitter dan Instagram ‘tag’ saya mengenai perkara itu.

“Memang sangat terkejut dan serta-merta saya melompat dari katil,” katanya.

Adora yang turut menjalanka­n perniagaan cenderahat­i bersyukur perkara itu membuka mata ramai terhadap hasil kerjanya.

“Daripada pihak Marvel sendiri, mereka tidak menghubung­i saya mengenai perkara itu. Bagaimanap­un, pengikut saya di media sosial kian bertambah sejak lukisan itu dikongsi,” katanya.

Karya Adora itu antara lapan lukisan peminat seluruh dunia yang dikongsi Marvel di laman itu. Sehari selepas dimuat naik, entri berkenaan menerima lebih

164,000 likes.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Shuri LUKISAN watak
Adora. yang dihasilkan
Shuri LUKISAN watak Adora. yang dihasilkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia