Harian Metro

Peniaga mati dalam kereta

-

Kuala Nerus: “Mati doh anak aku.” Begitulah luahan sayu seorang ibu sambil mengusap wajah anak lelaki tunggalnya yang meninggal dunia dalam kereta di perkaranga­n Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Nerus, kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Mohamad Shukri Abdul Rahman, 43, dikatakan sedang berniaga makanan dan minuman di tapak ekspo berkenaan sebelum menghembus nafas terakhir pada 11.30 pagi.

Ibu mangsa, Tuan Nga Tuan Kundor, 66, berkata, sebelum kejadian, arwah mengadu sakit kepala kepada pekerjanya sebelum masuk ke kereta untuk berehat.

“Sebaik menerima panggilan telefon daripada pekerjanya, saya terus ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba pada 12 tengah hari, saya tidak dapat menahan sebak apabila mendapati dia yang duduk di tempat duduk pemandu sudah tiada,” katanya ketika ditemui di perkaranga­n rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Tuan Nga berkata, sehari sebelum kejadian, arwah banyak menunjukka­n perangai pelik tetapi tidak menyangka ia adalah hari terakhir arwah bersama keluarga.

“Sebelum itu, seharian arwah menggunaka­n keretanya untuk urusan harian, malah arwah turut membaiki kenderaann­ya sedangkan sebelum ini arwah banyak menggunaka­n kereta saya untuk urusan kerja termasuk ke pasar membeli barangan untuk dijual,” katanya.

Arwah yang meninggalk­an seorang isteri dan tiga anak berusia antara 14, 17 dan 20 tahun turut memberitah­u rakan peniaga lain di kawasan berkenaan dia tidak lagi berniaga di situ selepas ini kerana mahu membawa keluarga berpindah ke Kuala Lumpur.

 ??  ?? MOHAMAD Shukri
MOHAMAD Shukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia