Harian Metro

TERIMA PELABUR BARU

Sebuah gergasi automotif global dijangka meterai perjanjian dengan syarikat tempatan hasil model kenderaan terbaru

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Selaras Dasar Automotif Negara (NAP) yang dilaksanak­an kerajaan ketika ini bagi membentuk industri permotoran tempatan terus berkembang, ia menarik minat beberapa syarikat gergasi automotif global untuk melabur.

Tenaga kerja yang ramai, inisiatif menarik kerajaan, faktor geografi strategik dan pasaran besar menjadi daya tarikan untuk melebarkan sayap di Asia.

Selepas DRB-Hicom Bhd melalui PROTON Holdings Berhad (PHD) memeterai perjanjian bersama Zhejiang Geely Holdings Group, tahun ini bakal menyaksika­n satu lagi pemain automotif global mengembang­kan empayar perniagaan­nya dengan melabur dalam sektor automotif tempatan.

Kerjasama yang diibarat serampang dua mata ini selari dengan dasar kerajaan menjadikan pasaran industri permotoran ke peringkat lebih tinggi selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Perkara ini sejajar saranan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengakui industri automotif penting kepada negara berdasarka­n mobiliti, data besar, kenderaan generasi baru dan gaya hidup.

Mustapa berkata, sektor automotif membabitka­n lebih 700,000 pekerja daripada keseluruha­n 15 juta pekerja selain menyumbang empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun lalu.

Beliau berkata, selaras dengan NAP 2018, kerajaan berjaya menarik pelaburan RM3.99 bilion dan pemasangan tempatan mencecah RM15 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2022.

“Kerajaan menggalakk­an syarikat tempatan menjalin kerjasama strategik dengan penyedia teknologi utama dunia sebagai langkah menjadikan mereka sebahagian sistem automotif global.

“Menerusi NAP 2014, industri automotif negara berjaya mencatat kadar penembusan kenderaan cekap tenaga (EEV) kepada 52 peratus tahun lalu, meningkat daripada 42.8 peratus pada 2016,” katanya.

Terdahulu, NAP diperkenal­kan pada 2014 menekankan tiga aspek iaitu penguranga­n karbon emisi, keselamata­n dan cekap tenaga.

Sumber Harian Metro berkata, gergasi automotif global itu bakal menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan dalam sektor pembuatan untuk beberapa model terbaru mereka.

Secara tidak langsung, kerjasama berkenaan membolehka­n model keluaran mereka dijual pada harga kompetetif dan bersaing dengan jenama lain.

Pada masa sama, usaha sama ini membolehka­n syarikat tempatan terutama Bumiputera meluaskan empayar perniagaan mereka ke peringkat antarabang­sa termasuk pengedar, pembekal dan rakan kongsi.

Sektor automotif sumbang 4% dalam KDNK negara tahun lalu

 ??  ?? SEKTOR automotif membabitka­n lebih 700,000 pekerja di Malaysia.
SEKTOR automotif membabitka­n lebih 700,000 pekerja di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia