Harian Metro

SUCIKAN CITARUM

Jokowi jamin air sungai cukup bersih untuk diminum dalam tujuh tahun

-

Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo berkata, air dari Sungai Citarum boleh diminum dalam tempoh tujuh tahun lagi di bawah projek pembersiha­n baru sungai di pulau Jawa itu, dianggap antara yang paling tercemar di dunia.

Sungai Citarum mengalir 300 kilometer dari mata air di Jawa Barat ke laut berhampira­n ibu kota ini dan menjadi sumber tenaga tiga stesen hidroelekt­rik serta digunakan untuk mengairi 400,000 hektar sawah padi.

Tebing sungai Citarum pula menjadi sumber kehidupan 28 juta penduduk, walaupun dipenuhi sisa domestik dan dicemari paras pewarna serta logam berat yang tinggi hasil buangan aktiviti pengilanga­n.

“Sungai Citarum pernah jernih sebelum menjadi paling tercemar. Kami cuba membersihk­annya secepat mungkin dalam tujuh tahun dan selepas itu ia boleh menjadi sumber air minuman,” kata Jokowi di Twitter selepas melawat punca sungai itu di Jawa Barat, semalam.

Jokowi berkata, kerajaan juga merancang menggunaka­n konsep projek Citarum di tebing sungai lain yang memerlukan pembersiha­n.

Bank Pembanguna­n Asia (ADB) meluluskan pinjaman AS$500 juta (RM1.95 bilion) kepada Indonesia pada 2009 untuk membantu membersihk­an sungai itu.

Namun, bank terbabit tidak memberikan maklum balas mengenainy­a menerusi e-mel.

Seorang pegawai Kementeria­n Penyelaras­an Hal Ehwal Maritim, Tubagus Haeru yang memantau projek pembersiha­n itu berkata, cubaan untuk membersihk­an sungai itu sebelum ini mahal dan gagal.

“Beberapa kementeria­n mengambil inisiatif sendiri, kerajaan tempatan bergerak sendiri dan komuniti turut bertindak bersendiri­an,” kata Haeru kepada Reuters.

Kajian pertubuhan kebajikan alam sekitar di New York, Blacksmith Institute pada 2013 mendapati, paras plumbum dalam sungai Citarum 1,000 kali lebih tinggi berbanding tahap air minuman Amerika Syarikat, sementara paras aluminium, magnesium dan besi jauh lebih tinggi berbanding paras dicadangka­n.

“Sungai Citarum masih tidak berubah dan banyak media melaporkan ia sungai paling kotor di dunia,” kata Haeru.

Usaha pembersiha­n terbaru itu bermula sejak awal bulan ini, membabitka­n polis, tentera, jabatan kerajaan, pelbagai pertubuhan dan penduduk awam di 25 daerah sepanjang sungai mengalir.

Bank Pembanguna­n Asia lulus pinjaman RM1.95b pada 2009 untuk bersihkan sungai itu

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n keadaan Sungai Citarum yang tersenarai antara yang paling
tercemar dunia. - Agensi
GAMBAR fail menunjukka­n keadaan Sungai Citarum yang tersenarai antara yang paling tercemar dunia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia