Harian Metro

‘Pergilah sayang, berehat selamanya’

-

Sungai Besar: “Mak Ngah tahu Ifa (Noor Atifah) penat dan tak kuat lawan sakit. Pergilah sayang... pergilah berehat selamanya. Terima kasih Ifa tunggu Mak Ngah datang semalam (kelmarin),” luah Farizatul Shuhadah Ishak, 23, menerusi akuan Facebook miliknya, Sue Deq.

Farizatul adalah ibu saudara kepada Noor Atifah Abi Suffian, 2, yang meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa kerana 95 peratus badannya cedera disambar api dalam kejadian di rumahnya di Parit 12, Sungai Nibong di sini, Khamis lalu.

Noor Atifah meninggal dunia jam 7 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Dalam kejadian itu, ibu mangsa, Noor Atikah Ishak, 25, dan bapa saudaranya Shahrul Nizam, 20, masing-masing turut melecur pada kedua-dua tangan dan kaki.

Ketika kejadian, semua mereka bersama ahli keluarga lain menyiapkan juadah tengah hari.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika Noor Atikah cuba menyalakan api menggunaka­n petrol untuk membakar ikan di halaman rumahnya.

Bagaimanap­un, api marak dan menyambar mangsa selepas Noor Atikah tidak menyedari kehadiran anak sulung itu yang berada di belakangny­a.

Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Simpang Lima dan dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Noor Atikah dan Shahrul Nizam yang cedera kerana cuba menyelamat­kan mangsa dengan terjun dalam parit di belakang rumah terpaksa menerima rawatan di HTAJ.

Farizatul dalam status yang dimuat naiknya semalam, memberitah­u dia sekeluarga reda dengan pemergian Noor Atifah yang bertarung nyawa melawan kesakitan.

“Allah lebih sayangkan dia. Siapa dah tahu tolong sampaikan kepada yang mengenali kami sekeluarga.

“Terima kasih atas doa kalian. Al-Fatihah untuk anak syurga ini,” katanya yang turut mengakui dirinya sendiri tidak tabah seperti Noor Atifah mengharung­i dugaan berkenaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Abi Suffian Abdul Mutalip, 34, berkata, dia terkilan dan terharu apabila mengetahui mangsa disambar api dan dalam masa sama isterinya pula disahkan hamil lima minggu.

 ??  ?? AHLI keluarga Noor Atifah (gambar kecil) menziarahi kubur mangsa di Tanah Perkuburan Islam Batu 23, Kampung Sungai Nibong.
AHLI keluarga Noor Atifah (gambar kecil) menziarahi kubur mangsa di Tanah Perkuburan Islam Batu 23, Kampung Sungai Nibong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia