Harian Metro

Pelumba Cub Prix maut kemalangan

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

 Motosikal ditunggang Zaidy terbabas elak objek di lebuh raya

Pelumba Cub Prix, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran tidak sempat menyambut kelahiran anak ketiganya apabila dia meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 22.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, dekat Pajam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang berusia 27 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur.

Isterinya, Nurul Ain Nor Azli, 24, yang sarat mengandung lapan bulan hanya mengetahui tragedi menimpa suaminya itu sebaik dimaklumka­n kakak ipar jam 2.30 pagi.

“Ketika itu, saya berada di rumah bersama dua anak lelaki berusia lima dan dua tahun di Selayang (Selangor). Saya terima panggilan daripada kakak ipar memberitah­u suami terbabit kemalangan.

“Saya kemudian menghubung­i telefon bimbit suami untuk mendapatka­n kesahihan. Seorang lelaki menjawab panggilan dan memberitah­u suami saya me- ninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Menurut Nurul Ain, sebelum kejadian, arwah menjemputn­ya pulang dari bekerja di Kuala Lumpur sebelum arwah keluar semula untuk bertemu rakannya.

Katanya, arwah tidak menunjukka­n sebarang perubahan dan dia reda dengan ketentuan Ilahi.

Abang sulung arwah yang mahu dikenali Zaiernan Hady, 30-an berkata, Zaidy menghubung­inya kira-kira jam 9 malam semalam menyatakan hasrat untuk bersara daripada dunia perlumbaan.

“Arwah juga ada bertanya saya jika dia ada berhutang minta dihalalkan. Saya pelik dengan pertanyaan itu, tetapi tidak mengesyaki apa-apa hingga saya dikejutkan dengan insiden menimpa arwah iaitu lima jam selepas dia menghubung­i saya,” katanya.

Jenazah Zaidy dibawa pulang ke kampung halaman keluargany­a di Batu Feringghi, Pulau Pinang untuk dikebumika­n Asar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­dan Zaldino Zaludin berkata, siasatan mendapati motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa hilang kawalan dipercayai cuba mengelak objek di atas jalan menyebabka­n mangsa terbabas ke lorong kanan.

“Seorang lagi penunggang, Dzul Fikar Idris, 27, yang berada di lorong tengah mengelak melanggar motosikal mangsa menyebabka­n dia turut terbabas dan terjatuh,” katanya.

selepas

solat

 ??  ?? ZAIDY PELUMBA Cub Prix, Zaidy maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 22.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, dekat Pajam, semalam.
ZAIDY PELUMBA Cub Prix, Zaidy maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 22.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, dekat Pajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia