Harian Metro

Bukan lagi seni kampung

- Garret Dawum news@nstp.com.my

 Dikir barat tradisi Malaysia kini dikenali di persada antarabang­sa

“Dulu orang kata seni ini seni kampung kerana hanya dimainkan di kampung tetapi kini ia dikenali dan diterima di persada antarabang­sa walaupun tidak 100 peratus elemen dikir barat itu dimasukkan,” kata penggiat dikir barat, Halim Yazid atau nama sebenarnya Abdul Halim Yazid, 57.

Bekas pegawai kebudayaan Universiti Malaya (UM) itu berkata, usaha penolong konduktor Korus Wanita di Universiti Toronto, Kanada, Tracy Wei Wen Young harus dibanggaka­n kerana memperkena­lkan tradisi dan kesenian Malaysia di mata dunia.

Bagaimanap­un, katanya, persembaha­n yang diperkenal­kan penuntut Doktor Falsafah Seni Muzikal

Universiti Toronto itu tidak tepat atau tidak sesuai dikatakan sebagai dikir barat kerana ia lebih kepada persembaha­n eksperimen dan kontempora­ri.

“Dia hanya menggunaka­n lagu Wau Bulan popular di Kelantan untuk tarian Wau Bulan. Ada sedikit ciri dikir barat walaupun ada penyanyi utama dan bertepuk tangan. Gambaran itu masih jauh lagi untuk menyamai persembaha­n dikir sebenar.

“Dalam lagu dikir barat, ada nilai tradisi yang tinggi, tidak boleh diubah sesuka hati kerana segala perubahan dilakukan tanpa rasa tanggungja­wab hanya merosakkan sesebuah lagu itu.

“Dikir barat adalah medium penting bagi penyampaia­n mesej secara tidak langsung kerana ia sangat mahal sifatnya terutama pada lirik, melodi dan lagu,” katanya yang sudah menonton video Tracy Wei mengajar dikir barat dan lagu Wau Bulan untuk kumpulan koir di Toronto.

Penggiat seni tradisiona­l berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia sangat kagum dengan mereka yang memperjuan­gkan seni dikir barat, memajukan serta memartabat­kan seni warisan bangsa itu terutama golongan muda.

“Perkembang­an dikir barat berubah mengikut masa dan tempatnya. Saya memang senang jika seni dikir barat itu terus berjalan dengan maju seiring keistimewa­annya.

“Saya akui, dikir barat kini sangat popular bukan saja dalam kalangan masyarakat Kelantan, malah boleh dikatakan semua sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah di Sabah mempunyai kumpulan dikir barat sendiri,” katanya yang pernah mencari persamaan antara dikir barat dan muzik di Amerika Syarikat, enam tahun lalu.

Halim menasihatk­an mereka yang benar-benar mahu memperjuan­gkan seni tradisiona­l itu agar mendalami dengan lebih lanjut keunikan dikir barat.

“Jangan namakan persembaha­n itu dikir barat jika keindahan pada melodi dan seni kata lagunya yang penuh nasihat, peringatan dan semangat dilupakan,” katanya.

 ?? Halim Yazid ?? Jangan namakan persembaha­n itu dikir barat jika keindahan pada melodi dan seni kata lagunya yang penuh nasihat, peringatan dan semangat dilupakan”
Halim Yazid Jangan namakan persembaha­n itu dikir barat jika keindahan pada melodi dan seni kata lagunya yang penuh nasihat, peringatan dan semangat dilupakan”
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia