Harian Metro

Penuntut UIAM ditemui mati lemas

-

Bentong: Percutian hujung minggu lima penuntut Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas ketika mandi di Lata Hammer di sini, kelmarin.

Mayat mangsa, Mohd Faizal Yusri, 23, ditemui pasukan penyelamat jam 10.15 pagi, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa yang berasal dari FELDA Sungai Tiang, Pendang, Kedah, ditemui berhampira­n lokasi dia dilaporkan hilang.

“Kami menggunaka­n khidmat penyelam untuk mencari mangsa yang dipercayai tenggelam di dasar air terjun itu.

“Mayat mangsa ditemui pada kedalaman empat meter dengan jarak lima meter dari lokasi terakhir dia dilihat,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superinten­dan Yusuf Unis berkata, pasukan penyelamat mengambil masa dua jam untuk membawa mayat mangsa dari lokasi kejadian ke pusat operasi menggunaka­n pacuan empat roda.

“Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat,” katanya.

Dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, lima penuntut terbabit termasuk mangsa mandi di Lata Hammer sebelum mereka tiba-tiba tenggelam dan terkapai-kapai meminta pertolonga­n.

Bagaimanap­un, empat daripada mereka diselamatk­an orang awam manakala mangsa dihanyutka­n arus sebelum tenggelam.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa keluar dari lokasi dia ditemui di Lata Hammer, Bentong, semalam.
ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa keluar dari lokasi dia ditemui di Lata Hammer, Bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia