Harian Metro

55,000 DATANG REBUT KERJA

- Syalikha Sazili syalikha@mediaprima.com.my

 Ekspo pekerjaan terbesar dianjurkan SL1M medan graduan isi peluang tersedia

Serdang

Graduan digalakkan untuk bergerak lebih pantas bagi merebut peluang dan ruang pekerjaan yang disediakan pelbagai agensi di negara ini.

Ketua Sekretaria­t Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Norashikin Ismail berkata, pihaknya berusaha menyediaka­n platform kerjaya namun masih ramai graduan bersikap pasif.

Beliau berkata, sikap malas sesetengah graduan yang tidak mahu merebut peluang menyebabka­n mereka sendiri gagal mendapatka­n pekerjaan.

“Program Temuduga Terbuka SL1M ini yang terbesar pernah diadakan dan ia mencakupi skop pekerjaan yang lebih meluas.

“Maklum balas daripada orang ramai sangat menakjubka­n, kira-kira 55,000 pengunjung membanjiri ekspo sepanjang dua hari ini.

“Selain tawaran pekerjaan, khidmat latihan industri program ini juga menyediaka­n pelbagai lagi perkhidmat­an lain seperti bantuan mengemas kini

“Justeru, tidak ada alasan untuk tidak merebut setiap peluang yang disediakan,” katanya ketika ditemui pada Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, semalam.

SL1M yang dianjurkan kali ini menawarkan lebih 15,000 tawaran pekerjaan dan latihan dengan 150 pempamer dari agensi kerajaan dan swasta.

Sementara itu, peserta temu duga SL1M, Syed Mohd Moharjir Syed Tahar, 30,

 ?? Norashikin ?? NORASHIKIN (kanan) membantu Nurul Amira (tengah) yang hadir untuk mencari pekerjaan di MAEPS, semalam.
Selain tawaran pekerjaan, khidmat latihan industri program ini juga menyediaka­n pelbagai lagi perkhidmat­an lain seperti bantuan mengemas kini...
Norashikin NORASHIKIN (kanan) membantu Nurul Amira (tengah) yang hadir untuk mencari pekerjaan di MAEPS, semalam. Selain tawaran pekerjaan, khidmat latihan industri program ini juga menyediaka­n pelbagai lagi perkhidmat­an lain seperti bantuan mengemas kini...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia