Harian Metro

Marah isteri mentua merana

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

 Lelaki baling bom petrol berang pasangan enggan pulang

Berang isterinya enggan pulang ke rumah, seorang lelaki membaling (bom petrol) ke rumah bapa mentuanya di Kampung Melikai, Menumbok, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam, tindakan lelaki berusia 34 tahun itu mengakibat­kan kebakaran di pintu rumah dan kerusi namun tidak membabitka­n kemalangan jiwa.

Susulan kejadian itu, laporan polis dibuat isteri suspek berusia 26 tahun yang mendakwa kebakaran disebabkan perbuatan suspek membaling dua botol berisi petrol ke rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, siasatan mendapati ketika kejadian lapan penghuni di rumah berkenaan termasuk empat kanak-kanak, dua dewasa dan dua warga emas.

“Ketika pengadu (isteri suspek) menonton televisyen bersama kakaknya di ruang tamu rumah, tiba-tiba mereka terdengar bunyi pintu dibaling sebelum api marak.

“Penghuni rumah menjerit dan berlari keluar untuk memadamkan kebakaran.

“Tiada kecederaan berlaku terhadap penghuni di rumah itu dan api dipadamkan,” katanya, semalam.

Azmir berkata, hasil pemeriksaa­n pihaknya di lokasi kejadian menemui dua botol berisi petrol.

Menurutnya, hasil soal siasat, saksi mendakwa ada lelaki dikenali datang ke rumah itu jam 9.50 malam dalam keadaan mencurigak­an.

“Lelaki itu suami kepada pengadu. Siasatan mendedahka­n pengadu dan suaminya ada masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.

“Suspek sebelum ini pernah memukul isteri (pengadu) dan mengugut mahu mati bersama jika tidak mahu pulang bersama suspek,” katanya.

Katanya, suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

 ??  ?? KEADAAN kerusi selepas dibaling botol berisi petrol di Kampung Melikai, Menumbok.
KEADAAN kerusi selepas dibaling botol berisi petrol di Kampung Melikai, Menumbok.
 ??  ?? KEADAAN pintu kesan kebakaran selepas dibaling botol berisi petrol di Kampung Melikai, Menumbok.
KEADAAN pintu kesan kebakaran selepas dibaling botol berisi petrol di Kampung Melikai, Menumbok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia