Harian Metro

Adam bergelut cari dana

- Amran Yahya news@nstp.com.my

 Kos RM250,000 untuk tampung pendakian ke Kem Pangkalan Everest

Impian pendaki orang kurang upaya (OKU), Azzrulkhan Hasrullah Matsah, 26, untuk menawan Kem Pangkalan Everest (EBC) Mac ini mungkin ditangguhk­an ke tahun depan jika dana diperlukan masih tidak mencukupi.

Pendaki yang mesra dengan panggilan Adam itu memerlukan RM250,000 bagi menampung lapan peserta termasuk tujuh kru untuk misi itu.

Pengarah projek, Siti Zaleha Abu Bakar, 46, berkata, kos itu diperlukan untuk 26 hari misi menawan EBC kerana kebiasaann­ya masa yang diambil oleh pendaki normal untuk sampai ke EBC adalah 14 hari namun memandangk­an Adam adalah golongan istimewa, tempoh 26 hari itu diperlukan.

“Rancangan awal misi menawan EBC adalah hujung Mac ini namun mustahil untuk kami mengumpul dana sebanyak itu dalam tempoh tidak sampai dua bulan,” katanya ditemui pada program Adam @ Bukit Senaling Kuala Pilah semalam.

Siti Zaleha berkata, kos itu agak tinggi kerana Adam terpaksa menggunaka­n helikopter sebelum menuju ke tempat permulaan pendakian.

“Selain itu, peralatan yang diperlukan Adam termasuk pakaian ketika mendaki adalah berbeza dengan individu normal.

“Semua ini membabitka­n kos termasuk kos untuk latihan berkala sebagai persiapan untuk Adam serta kru bagi menghadapi misi ini,” katanya.

Menurut Siti Zaleha, untuk merealisas­ikan misi Adam, dia memohon sumbangan daripada syarikat atau pihak yang mahu berbuat demikian.

“Mana-mana syarikat yang menaja, Adam akan membawa jenama syarikat itu ke EBC sebagai tanda penghargaa­n sekali gus mempromosi­kan jenama serta produk syarikat terbabit,” katanya.

Sementara itu, Adam berkata, misi selanjutny­a adalah menawan puncak Gunung Tahan sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n pada 31 Ogos ini.

“Saya akan memulakan pendakian dua minggu lebih awal. Ini kerana Gunung Tahan adalah antara gunung yang mempunyai laluan mencabar selain memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan panorama alam semula jadi banjaran Titiwangsa.

“Kami buka peluang ini kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta mendaki bagi merasai suasana sambutan kemerdekaa­n di puncak Gunung Tahan,” katanya.

 ??  ?? ADAM mendaki Bukit Senaling sebagai persiapan menawan Everest.
ADAM mendaki Bukit Senaling sebagai persiapan menawan Everest.
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 23 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro, 23 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia