Harian Metro

‘Tolonglah selamat anak saya di Nepal’

-

Seremban: “Saya rayu kerajaan Malaysia bawa pulang anak saya yang kini meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan menjadi keldai dadah,” rayu Jamaluddin Malek, 66.

Jamaluddin adalah bapa kepada Marina, 39, yang ditahan pihak berkuasa negara itu selepas didapati bersalah memiliki dadah tiga tahun lalu.

Menurutnya, anaknya ke Nepal pada pertengaha­n 2015 bersama suami dan anak lelaki mereka berusia 11 tahun untuk bercuti.

Katanya, selepas beberapa hari di sana, Marina meminta suami bersama anak mereka pulang ke Malaysia terlebih dulu disebabkan dia ada urusan yang perlu diselesaik­an.

“Namun selang beberapa hari selepas itu, dia ditahan pihak berkuasa Nepal apabila menemui sejumlah dadah bersamanya menyebabka­n dia dikenakan hukuman penjara 20 tahun,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Harian Metro pada 6 April 2015 melaporkan Marina ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Tribhuvan (TIA), Nepal selepas didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram.

Dia ditahan kira-kira jam 7 malam ketika dalam perjalanan ke Itali melalui Kathmandu, Nepal dengan menyembuny­ikan dadah itu dalam lima komputer riba.

Bekalan dadah itu dipercayai diambil di Brazil untuk diseludup ke Itali dengan menggunaka­n laluan Nepal.

Jamaluddin berkata, sejak anaknya ditahan, dia berusaha mengumpulk­an wang bagi melawatnya termasuk memohon sumbangan daripada kenalan.

“Selepas tiga tahun, barulah duit mencukupi dan saya dapat melawatnya awal bulan ini. Saya dapati keadaannya terlalu teruk dan menyayat hati selain kelihatan lemah.

“Saya tak sanggup melihat keadaan anak saya seperti itu dan dia turut merayu supaya dapat dipindahka­n ke negara ini secepat mungkin. Marina juga sangat rindukan anak, suami serta ibunya,” katanya.

Katanya, kini anaknya perlu menjalani baki hukuman penjara 17 tahun lagi dan sepanjang tempoh itu pelbagai perkara boleh berlaku.

 ??  ?? JAMALUDDIN sebak melihat
salinan fotostat kad pengenalan anaknya.
JAMALUDDIN sebak melihat salinan fotostat kad pengenalan anaknya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia