Harian Metro

Penganggur ugut bunuh dijel lima bulan

-

Kota Bharu: Hanya kerana ditegur mengambil makanan tanpa kebenaran, seorang penganggur sanggup mengugut mahu membunuh adik tirinya di sebuah rumah di Bunut Payong di sini, bulan lalu.

Bagaimanap­un, perbuatan Mohd Zanayudin Ismail, 34, itu mengundang padah selepas dia dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,500 di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhka­n hukuman selepas Mohd Zanayudin mengaku salah terhadap pertuduhan itu. Mahkamah memerintah­kan hukuman berjalan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah untuk menakutkan adik tirinya, Nik Nurzanatua­in Nik Hussin, 28, di sebuah rumah di Bunut Payong di sini, pada jam 3.20 petang, 27 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, ketika mangsa berada di rumahnya, tertuduh datang ke rumah sewanya dan terus ke dapur sebelum mengambil makanan yang diletakkan di bawah tudung saji di meja makan.

Perbuatan tertuduh itu ditegur kakak tertuduh. Lelaki itu kemudian mengamuk dan sekali lagi dia ditegur adik tirinya yang sedang hamil tujuh bulan.

Tertuduh kemudian keluar dari rumah itu dan menjerit terhadap mangsa dengan berkata “aku rela bunuh kalau ore (orang) perangai macam gini (begini).”

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahann­ya. Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia