Harian Metro

Teruja jumpa Sheila

-

Bahru: “Saya rasa seperti mimpi apabila ada kru telefon minta datang ke sini kerana kak Sheila hendak berjumpa,” kata peserta uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), Ani Ambo, 27.

Ani antara peserta bertuah apabila dia diminta berjumpa pengarah, pelakon dan pengacara, Sheila Rusli dalam kalangan 200 peserta selepas tertarik dengan bakat gadis berasal dari Batu Pahat itu.

Menurutnya, peluang berjumpa secara peribadi dengan pengarah itu dianggap satu langkah pembuka rezeki buat dirinya yang selama ini amat meminati dunia lakonan.

“Saya terperanja­t. Tak tertanya kenapa dia nak jumpa saya namun saya sangat bersyukur.

“Sudah tentu gembira dan saya percaya itu mungkin rezeki awal. Siapa tahu saya diberi ruang untuk berlakon walaupun watak kecil atau tambahan,” katanya ketika ditemui pada jelajah drama DFKL di sini.

Dia yang juga penjual kereta, berharap dirinya diberi peluang oleh pengarah tersohor itu untuknya menonjolka­n bakat lakonan yang dipendam selama ini. Anak kedua daripada dua beradik yang mengenakan jumpsuit jingga turut kelihatan manis dengan dandanan.

Johor Bahru: Pelakon, pengacara dan pengarah, Sheila Rusly kesal apabila kebanyakan peserta yang mengikuti sesi uji bakat lakonan sempena jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Paradigm Mall di sini, tidak melakukan persediaan sewajarnya.

Beliau yang juga juri DFKL berkata, hanya 30 peratus daripada lebih 200 peserta terbabit menepati ciri-ciri yang dicari pihak juri.

“Kebanyakan peserta yang datang uji bakat semua ‘ke laut’. Ada peserta yang memakai selipar manakala ada peserta perempuan tidak berdandan.

“Sepatutnya mereka perlu siap sedia untuk semua itu sebab kami mencari pelakon untuk ditampilka­n di kaca televisyen dan saya tidak suka pilih asal boleh.

“Banyak yang datang tak bersedia langsung. Saya memang kecewa sangat. Saya juga mahu ingatkan supaya peserta yang datang uji bakat di KL nanti jangan bawa watak menjerit-jerit, saya tak faham apa yang cuba disampaika­n,” katanya ditemui pada program dua hari itu yang berakhir semalam.

Memasuki edisi kelima penganjura­nnya, DFKL kali ini mengetenga­hkan tema #MasaUntukD­rama dalam usaha

 ??  ?? ANI
ANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia