Harian Metro

Militan kecut perut

- Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

 53 rakyat kita sertai Daish terkepung di sempadan Syria-Iraq

Seramai 53 rakyat Malaysia yang ‘terperangk­ap’ di Timur Tengah selepas menyertai perjuangan kumpulan militan Daish kini berada di daerah dikenali Al Bukamal yang terletak bersempada­n antara Syria dan Iraq.

Susulan kejatuhan pusat pemerintah­an Daish di Raqqa, Syria kumpulan rakyat Malaysia itu difahamkan melarikan diri bersama anggota militan lain ke daerah berkenaan bagi mengelak daripada ditangkap tentera kerajaan negara itu.

Daerah Al Bukamal yang terletak lebih 200 kilometer dari Raqqa dan bandar paling hampir dengan sempadan Iraq dipercayai menjadi lokasi baru penempatan militan Daish termasuk rakyat Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengga­nas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan rakyat Malaysia itu dipercayai berada di daerah berkenaan dan pergerakan mereka begitu terhad.

“Selepas kejatuhan Raqqa juga, kita melihat propaganda media milik Daish turut berkuranga­n 60 peratus selepas mereka terpaksa memindahka­n pusat media kumpulan berkenaan ke daerah dikenali Al Bukamal.

“Berdasarka­n maklumat yang diperoleh seramai 53 rakyat kita melarikan diri ke kawasan itu membabitka­n 17 kanak-kanak dan 12 orang wanita,” katanya kepada Harian Metro.

Ayob Khan berkata, kejatuhan Raqqa sememangny­a memberi kesan mendalam kepada kegiatan militan Daish terutamany­a membabitka­n usaha penyebaran propaganda mereka.

“Jika sebelum ini, banyak propaganda disebarkan menerusi media sosial, kini berlaku penurunan yang begitu drastik. Antara faktor penyebab adalah jaringan telekomuni­kasi yang lemah di kawasan baru mereka.

“Kita juga melihat penurunan pengkadera­n anggota militan sama ada membabitka­n Daish yang berpangkal­an di Timur Tengah atau pun di Selatan Filipina berikutan selepas beberapa individu Kuala Lumpur: Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menyediaka­n perkhidmat­an klinik bergerak di Kompleks Al-Aqsa untuk kemudahan penduduk di Kota Suci itu.

Penyelaras I-Reach MAPIM Johan Ariff Ismail berkata, inisiatif itu bukan setakat memberi manfaat kepada penduduk menghuni kota suci terbabit, sebaliknya orang ramai daripada seluruh dunia.

Beliau berkata, klinik itu dijangka memberi manfaat kepada 450,000 jemaah memenuhi kompleks berkenaan terutama sepanjang Ramadan, pada sambutan Israq Mikraj, Aidilfitri dan hari kebesaran lain dalam kalendar Islam.

“Perkhidmat­an klinik bergerak ini adalah antara projek rakyat Malaysia yang menjadi ‘orang kanan’ kumpulan militan itu sudah terkorban,” katanya. dilaksanak­an di dalam kawasan kompleks Al-Aqsa yang menelan belanja sebanyak RM100,000.

“Kemudahan kesihatan itu amat sesuai untuk berdepan sebarang situasi cemas membabitka­n umat Islam memasuki kompleks Al-Aqsa berkeluasa­n 1,440 meter persegi,” katanya.

Johan Ariff berkata, Imam Satu Masjidil Aqsa, Sheikh Yusuf Abu Sneinah juga menyambut baik hasrat itu yang memaklumka­n bumi Aqsa adalah milik seluruh umat Islam seperti dinyatakan dalam pertemuan sebelum ini.

Orang ramai mahu menghulurk­an sumbangan boleh berbuat demikian dengan melayari Facebook MAPIM untuk mendapat maklumat lanjut.

 ??  ?? PRESIDEN MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid bersama seorang pesakit di Hospital Maqased di Baitulmaqd­is.
PRESIDEN MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid bersama seorang pesakit di Hospital Maqased di Baitulmaqd­is.
 ?? Ayob Khan Mydin Pitchay ?? Berdasarka­n maklumat yang diperoleh seramai 53 rakyat kita melarikan diri ke kawasan itu membabitka­n 17 kanak-kanak dan
12 orang wanita”
Ayob Khan Mydin Pitchay Berdasarka­n maklumat yang diperoleh seramai 53 rakyat kita melarikan diri ke kawasan itu membabitka­n 17 kanak-kanak dan 12 orang wanita”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia