Harian Metro

Program KKP amalan selamat, sihat di sekolah

-

Kuala Lumpur: Sekolah perlu mengambil bahagian menerusi program Kesihatan Pekerjaan Sekolah (KKP) dalam membantu meningkatk­an kesedaran mengenai aspek keselamata­n dan kesihatan.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pembabitan pelajar perlu kerana mereka bertindak sebagai mata dan telinga bagi pihak pengurusan sekolah.

Beliau berkata, apabila amalan KKP dilaksanak­an termasuk menggunapa­kai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC), pelajar akan segera memaklumka­n kepada pihak pentadbira­n jika melihat sesuatu yang boleh menimbulka­n bahaya kepada mereka dan orang lain seperti kabel elektrik terdedah, tiang gol berkarat, kebocoran bahan kimia atau pekerja yang tidak mematuhi peraturan keselamata­n.

“Sekolah selamat tidak hanya bermakna ia bebas daripada masalah disiplin dan jenayah lain seperti buli, gangsteris­me dan penyalahgu­naan dadah, sebaliknya sekolah perlu memastikan semua kemudahann­ya selamat, malah mereka harus didedahkan kepada budaya keselamata­n serta kesihatan baik supaya mereka akan memahami dan mengamalka­n konsep berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini, semalam berhubung insiden membabitka­n bumbung bilik darjah runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau, Dungun di Terengganu minggu lalu.

Lee berkata, dalam insiden itu, ia menunjukka­n aspek keselamata­n di sekolah perlu ditingkatk­an dan tidak boleh diabaikan.

Lee berkata, program KKP dianggap lebih komprehens­if kerana menganggap sekolah sebagai tempat kerja dan tertakluk mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.

Ia bertujuan memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja, melindungi orang lain yang turut berada di tempat kerja dan menyediaka­n persekitar­an kerja yang kondusif sesuai dengan keperluan psikologi serta fisiologi pekerja.

Hingga kini, lebih 50 sekolah menyertai program yang diadakan melalui kerjasama antara Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Pendidikan sejak tahun 2015.

 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia