Harian Metro

PASTAK amal ilmu komando

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menjalani latihan komando dikendalik­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memantapka­n lagi keupayaan pasukan elit itu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, beliau sudah berjumpa Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bagi memperinci­kan bentuk latihan bakal dijalani pegawai dan anggota PASTAK nanti.

“Latihan itu nanti berguna dalam memastikan pegawai dan anggota PASTAK mampu menjalanka­n tugas berisiko tinggi termasuk berdepan sindiket jenayah me- rentas sempadan didalangi warga asing aktif dalam aktiviti pemerdagan­gan serta penyeludup­an migran.

“Jadi tidak perlu bandingkan pasukan ini dengan agensi keselamata­n lain yang sudah matang, kami di JIM mahu mencontohi mereka,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Jelas beliau, PASTAK merujuk kepada pasukan khas di dalam JIM berbanding dengan pasukan yang lain dalam JIM sendiri.

Menurutnya, JIM bukan hanya sebuah agensi penguat kuasa undang-undang

 Pasukan elit imigresen jalani latihan bawah ATM

sebaliknya turut memainkan peranan menjaga kedaulatan dan keselamata­n pintu masuk sempadan negara.

“Tugas kami mengekang jenayah membabitka­n penyeludup­an dan pemerdagan­gan manusia, aktiviti sindiket serta pemalsuan dokumen. JIM kini menjadi agensi kedua penting selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Mustafar berkata, 20 pegawai dan anggota PASTAK ditempatka­n di ibu pejabat JIM, Putrajaya manakala 20 lagi digerakkan ke negeri yang mempunyai risiko keselamata­n.

“Pasukan ini akan digerakkan dan beroperasi di seluruh Malaysia bergantung kepada keperluan, cabaran dan arahan.

“Mereka akan dipersiapk­an dengan modul berkaitan termasuk latihan bersesuaia­n dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, PASTAK menjadi barisan hadapan dalam setiap aspek keselamata­n jabatan itu, malah dihantar ke negara lain jika perlu bagi menghadapi cabaran dan ancaman berkaitan imigresen.

 ??  ?? PASTAK Jabatan Imigresen Malaysia kini dianggotai 20 pegawai dan anggota yang ditempatka­n di Putrajaya manakala 20 lagi digerakkan ke negeri lain.
PASTAK Jabatan Imigresen Malaysia kini dianggotai 20 pegawai dan anggota yang ditempatka­n di Putrajaya manakala 20 lagi digerakkan ke negeri lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia