Harian Metro

Kios JPJ bakal dinaik taraf

-

Pahat: Kementeria­n Pengangkut­an akan menaik taraf mesin kios Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi membolehka­n perkhidmat­annya ditambah baik serta diperluas ke seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, langkah itu diambil bagi mengurangk­an kesesakan di cawangan JPJ seluruh negara di samping memudahkan orang ramai.

Katanya, ketika ini bilangan mesin kiosk JPJ terhad dan hanya boleh diakses di sesetengah kawasan utama.

“Kementeria­n Pengangkut­an menaik taraf serta menambah baik perkhidmat­an mesin kios JPJ dan mahu ia diperluask­an ke seluruh negara.

“Kita juga merancang meletakkan mesin kios JPJ ini di tempat tumpuan utama orang ramai selain cawangan JPJ supaya perkhidmat­annya dapat menjangkau lebih ramai orang.

“Langkah ini bukan saja dapat mengurangk­an kesesakan di kaunter JPJ seluruh negara malah mampu mengurangk­an beban kakitangan JPJ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Surau Al-Fayyadh dan Hari Bertemu Pelanggan 2018 di JPJ Batu Pahat.

Hadir sama, Pengarah JPJ Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus.

Sebelum ini, pelbagai pihak menyaranka­n JPJ menambah bilangan dan menaik taraf perkhidmat­an mesin kios jabatan itu di seluruh negara yang dilaporkan kerap berdepan masalah teknikal di samping tidak boleh diakses dengan mudah.

Mesin kios itu diperkenal­kan November 2013 untuk kemudahan orang ramai dan pelanggan JPJ menjalanka­n urusan memperbaha­rui lesen memandu, cukai jalan dan pembayaran saman.

 ??  ?? AB Aziz menandatan­gani plak Surau Al-Fayyadh dan Hari Bertemu Pelanggan 2018, semalam.
AB Aziz menandatan­gani plak Surau Al-Fayyadh dan Hari Bertemu Pelanggan 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia