Harian Metro

Hukum berwuduk dalam bilik air

-

Safinah al-Najah, Salim al-Hadhrami - Hlm 3)

Berikut kami kongsikan hadis yang menceritak­an berkenaan perbuatan mandi junub Rasulullah SAW. Kata Ummu al-Mu’minin Aisyah R.Anha, maksudnya: Rasulullah SAW apabila mandi junub, Baginda akan membasuh kedua-dua tangannya (pergelanga­n tangan), berwuduk sebagaiman­a wuduk untuk solat, kemudian Baginda mandi. Seterusnya Baginda memasukkan jari-jari (menyela) ke rambut Baginda sehinggala­h baginda merasakan bahawa kulit kepala Baginda basah, Baginda mencurahka­n air ke atasnya sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda membasuh keseluruha­n badan Baginda. Kata A’isyah lagi: Aku dahulu mandi bersama Rasulullah SAW daripada bekas air yang sama. (Riwayat al-Bukhari)

Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahull­ah apabila mensyarahk­an hadis itu, beliau berkata: Padanya (hadis ini) istihbab (disunatkan) untuk menyempurn­akan wuduk sebelum mandi (junub). (Lihat Fath al-Bari, Ibn Hajar - 1/427)

Berdasarka­n hadis itu juga, jelas menunjukka­n antara kaifiat mandi wajib (junub) Nabi SAW adalah dengan berwuduk seperti wuduk untuk solat.

Ini bermakna, perlakuan wuduk itu berlaku di dalam bilik mandi kerana Nabi SAW pada ketika itu sedang mandi junub.

Hal itu menunjukka­n keharusan berwuduk dalam bilik air.

Kami pernah bersama dengan al-Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili Rahimahull­ah, kami mendapati beliau lebih cenderung kepada cadangan untuk dipisahkan di antara tempat wuduk dan juga bilik air (tempat buang air kecil dan besar).

Ia adalah satu perkara yang dituntut. Kesimpulan­nya, perbuatan berwuduk di dalam tandas dibolehkan.

Walau bagaimanap­un, seseorang perlu berhatihat­i kerana ditakuti najis yang terdapat di dalam tandas terpercik ke pakaian atau badannya.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia