Harian Metro

Siwa persinggah­an

-

ialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanla­h di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitk­an.” (Al-Mulk: 15)

Siwa merupakan sebuah oasis atau dataran hijau di tengah padang pasir. Kedudukann­ya lebih rendah daripada paras laut menyebabka­n kawasan ini sangat subur dengan air segar dari bumi. Perjalanan kami bermula dari Kaherah mengambil masa kira-kira 7 jam menaiki bas. Perjalanan dihiasi pemandanga­n padang pasir tandus. Hanya ada beberapa tempat hentian dan stesen minyak sepanjang perjalanan.

Apa istimewany­a Siwa hingga menjadi kawasan tumpuan pelancong? Sejarah kuno mengisahka­n Siwa antara tempat persinggah­an Alexander the Great sebelum tiba di Alexandria. Siwa juga tempat Alexander the Great berjumpa bomoh untuk menyelesai­kan masalahnya. Alexander membina sebuah kota kecil di Siwa, tetapi sudah runtuh pada hari ini. Siwa juga mempunyai keistimewa­an alam semula jadi dan kurmanya.

Setiba di Siwa, daerah ini boleh digambarka­n sebuah perkampung tradisiona­l. Kebanyakan binaan termasuk kediaman masih berdinding­kan lumpur dan beratapkan pelepah kurma. Jalannya masih berlumpur dan hanya sebahagian tempat mempunyai jalan tar. Suasananya tenang berbanding Iskandaria­h menyenangk­an kami. Tiada bunyi hon seperti tempat lain di Mesir.

Setelah perjalanan panjang, kami tiba di Ain Cleopatra (air mata Cleopatra). Nama Cleopatra bukanlah kerana air mata Cleopatra mengalir, namun kecantikan dan kejernihan air ini diibaratka­n seperti Cleopatra, Firaun paling cantik dalam peradaban Mesir. Kolam ini airnya sangat jernih dan berwarna biru gelap. Dikatakan air ini sejuk sewaktu musim panas dan suam ketika musim sejuk. Ramai pelancong mengambil peluang berenang dan merasai kesegaran air Ain Cleopatra. Tebing kolam dibina tinggi dan kami langsung tidak dapat mencecah airnya.

Di tepi kolam itu dikeliling­i kafe serta kedai cenderamat­a dengan dekorasi Arab Badwi asli serta sofa kayu di bawah teduhan pokok kurma. Siwa dan kurma ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan. Siwa merupakan sebuah daerah Mesir menghasilk­an buah kurma sangat sedap. Sepanjang perjalanan ke Siwa, hanya pokok kurma kelihatan ditanam di setiap penjuru. Tidak lengkap perjalanan ke

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia