Harian Metro

Kerajaan peruntuk RM564 juta laksana RTB Bandar Pekan

-

Kerajaan menyediaka­n peruntukan RM564 juta bagi melaksanak­an Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Pekan yang bakal mengatasi masalah banjir dihadapi penduduk di daerah itu sejak 1920-an.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pelaksanaa­n projek itu memberi manfaat kepada kira-kira 83,000 penduduk sekitar daerah berkenaan.

“Tidak perlu saya cerita pasal river leveeatau ban (sungai) kerana apa yang penting melalui RTB ini, kita dapat atasi masalah banjir yang sering melanda daerah Pekan Ini yang lebih penting dan yang rakyat nak tahu.

“Janganlah pula kata, apabila kita (kerajaan) umum projek seperti ini, ada pula yang kata kita bagi dedak. Kita adalah kerajaan yang adil, semua (negeri) dapat peruntukan untuk projek tebatan banjir.

“Bukan kata Pahang saja dapat, Kelantan yang diperintah parti pembangkan­g pun dapat (peruntukan) kira-kira RM800 juta untuk projek sama (tebatan banjir) bagi mengatasi masalah dihadapi penduduk di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pecah Tanah Projek RTB Bandar Pekan Fasa II (Parcel 2) di Kampung Pulau Keladi di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan timbalanny­a, Datuk Hamim Samuri.

Projek RTB itu merangkumi tiga Parcel iaitu Parcel I di sekitar Bandar Diraja Pekan seluas 2,600 hektar, Parcel II di kawasan masjid, hospital dan Perumahan Pelangkah (1,500 hektar) dan Parcel

III membabitka­n kawasan 2,100 hektar di Sungai Miang dan Durian Sebatang.

Projek RTB Fasa I yang bermula pada hujung 2014 dijangka siap sepenuhnya Mei ini, manakala Fasa II yang membabitka­n kos RM108.6 juta siap menjelang Mei 2020 nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia