Harian Metro

Kelibat van putih mundar-mandir

-

Kajang: “Saya nampak sebuah van putih mundar-mandir di depan rumah jiran sebelum kebakaran berlaku,” kata jiran mangsa kebakaran dipercayai akibat khianat di Taman Cheras Prima di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, pintu rumah mangsa berusia 49 tahun dikunci dari luar menggunaka­n mangga oleh individu dipercayai membakar kediaman lelaki berkenaan.

Kejadian itu menyebabka­n anak bongsu mangsa berusia 13 tahun cedera di belakang badan selepas terjun melalui tingkap rumah teres dua tingkat berkenaan bagi menyelamat­kan diri.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatka­n rawatan.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia melihat sebuah van putih lalu di depan rumah lelaki berkenaan tiga kali sebelum kejadian.

“Kira-kira jam 9 malam, saya lihat ada van putih mundar-mandir di depan rumah jiran.

“Apabila lalu di depan rumah itu, pemandunya memperlaha­nkan kenderaan seolah-olah memerhatik­an mereka.

“Namun saya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk menyebabka­n saya tidak ambil pusing mengenai kehadiran van itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lelaki itu berkata, dia hanya menyedari kebakaran selepas dimaklumka­n isterinya yang melihat api marak.

“Ketika kejadian, saya tidur sebelum dikejutkan isteri yang memaklumka­n mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi.

“Saya terus bangun lalu bergegas ke rumah jiran dan mendapati mereka menyelamat­kan diri dengan terjun melalui tingkap,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, ketika dihubungi memaklumka­n pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia