Harian Metro

‘Fikir sebelum pinjam along’

- BERNAMA

 Peminjam diingat risiko ditanggung apabila berurusan dengan peminjam wang haram

Mereka yang memilih untuk meminjam wang daripada peminjam wang haram atau along harus sedar risiko yang perlu ditanggung.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun ada pelbagai alasan menyebabka­n mereka terdesak berbuat demikian, namun perkara itu perlu difikirkan sedalam-dalamnya oleh peminjam supaya tidak terjadi sudah terhantuk baru terngadah.

“Perkara ini memerlukan tindakan segera daripada peminjam itu sendiri...kita tidak mahu campur tangan dalam urusan peribadi mereka tapi pada masa sama kita mahukan kerjasama daripada peminjam.

“Jika mereka diugut atau sebagainya, mohon maklumkan kepada polis dengan segera supaya tindakan boleh dilakukan lebih awal,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan individu dipercayai along mengunci dari luar sebelum membakar sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheras Prima, Kajang di Selangor kelmarin yang menyebabka­n enam sekeluarga nyaris maut.

Mengenai mesyuarat itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan PDRM bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kesiapsiag­aan PDRM membabitka­n aspek ketenteram­an dan keselamata­n ketika dan selepas pembubaran (Parlimen) serta pada hari pengundian dan selepas tamat pengundian.

“Kami yakin dengan persiapan dilakukan turut mengambil kira semua aspek diperlukan untuk menjaga ketenteram­an awam,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL Zon Timur di Bukit Gambang berkata, semua pemimpin akar umbi perlu menjadi mata dan telinga kerajaan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 tidak lama lagi.

Menurutnya, menjadi tanggungja­wab setiap pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan JKKK Persekutua­n menjadi perantara untuk menjelaska­n program serta perancanga­n kerajaan untuk rakyat.

 ??  ?? AHMAD Zahid bersama Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman (dua dari kiri) ketika Lawatan Kerja ke IPK Pahang, semalam.
AHMAD Zahid bersama Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman (dua dari kiri) ketika Lawatan Kerja ke IPK Pahang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia