Harian Metro

500 peket minyak masak ‘licin’ sejam

-

Kulim: Kira-kira 500 peket minyak masak habis dalam masa tidak sampai satu jam. Itu senario yang berlaku pada Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di tapak pasar malam Junjung di sini, semalam.

Program anjuran pusat khidmat Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu berlangsun­g lebih dua jam itu bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11 pagi menawarkan pelbagai barangan keperluan harian seperti minyak masak peket, tepung, gula, bawang pada harga lebih murah dari pasaran.

Jadi, tidak hairanlah program berkenaan diserbu penduduk tempatan untuk mendapatka­n barangan berkenaan.

Naib Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Muhar Hussin berkata, harga ditawarkan pada jualan kali ini amat berpatutan, malah ada barangan keperluan seperti beras dijual pada harga lebih murah dari pasaran.

Katanya, ini kali ketiga program berkenaan diadakan di Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan ia mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada orang ramai terutama penduduk setempat.

“Saya difahamkan 500 peket minyak masak habis dalam masa tidak sampai sejam, malah barangan lain seperti gula, tepung, beras, ayam, ikan dan beberapa barangan lain turut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

“Program sama turut diadakan di Kampung Gunung Bongsu serta Lubuk Buntar dan sambutan juga amat mengalakka­n, sekali gus menunjukka­n orang ramai menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu rakyat terutama golongan yang berpendapa­tan rendah,” katanya yang ditemui ketika mewakili Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu,Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir pada program berkenaan di sini, semalam.

 ??  ?? MUHAR (kiri) melawat gerai pada program jualan Sentuhan Rakyat di tapak pasar malam Junjung, semalam.
MUHAR (kiri) melawat gerai pada program jualan Sentuhan Rakyat di tapak pasar malam Junjung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia