Harian Metro

Tekad pencipta teknik ketuk

-

(MBOR) selepas memperkena­lkan pendidikan al-Quran teknik Al Baghdadi kepada masyarakat negara ini.

Usaha Jalaluddin mengembang­kan syiar Islam khususnya pendidikan al-Quran tidak terhenti setakat itu sebaliknya turut dikembangk­an ke lima negara lain iaitu Indonesia, Brunei, Singapura, New Zealand dan Australia.

Menurut Jalaluddin, penggunaan alat bantuan mengajar diperkenal­kan dikenali sebagai alat ketuk turut memenangi pingat emas bagi kategori Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi sempena Anugerah Harta Intelek Negara 2017.

“Ini antara pencapaian terbesar Al Baghdadi Group sejak dilancarka­n pada 2009,” katanya.

Jalaluddin berkata, teknik unik dan modul pendidikan al-Quran diperkenal­kannya itu dimulakan selepas menyedari ada kekurangan dalam kaedah pengajaran lama.

“Menggunaka­n teknik lama pelajar diajar mengenal huruf sebelum perkataan. Al Baghdadi berbeza, kita kenalkan perkataan kepada kanak-kanak terlebih dulu sebelum diajar mengenal huruf.

“Lumrah manusia, kita mula menyebut perkataan, baru kenal huruf ataupun ejaan sebaik masuk (belajar) di taska atau tadika. Ini antara intipati kita ketengahka­n bagi mendidik kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan golongan dewasa berusia sehingga 70 tahun,” katanya.

Menurutnya, penggunaan alat ketuk itu turut mempunyai elemen muzik dan matematik selain membolehka­n pelajar terutama kanak-kanak memberi tumpuan

 Al Baghdadi gondol lapan anugerah MBOR

ketika belajar.

“Hampir sembilan tahun kami dalam bidang ini, sudah ada 1,800 cawangan Al Baghdadi di seluruh negara.

“Ini membuktika­n penerimaan masyarakat terhadap kaedah yang dibawa. Mulanya saya memang bimbang ditolak oleh pakar al-Quran (dalam negara) dan masyarakat

 ??  ?? JALALUDDIN (tengah) bersama sijil dan piala pencapaian syarikat di pejabatnya.
JALALUDDIN (tengah) bersama sijil dan piala pencapaian syarikat di pejabatnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia