Harian Metro

JPJ beri penjelasan cermin lori tertanggal bukan pecah

-

Kuala Lumpur: Cermin lori sedia ada sudah tertanggal dan jatuh namun tidak pecah.

Itu penjelasan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) selepas beberapa gambar tular di media sosial kelmarin mendakwa penguatkua­saanya bertindak samseng dengan memecahkan cermin kenderaan itu untuk mendapatka­n maklumat pemandunya.

JPJ dalam kenyataann­ya berkata, pada awalnya anggota penguatkua­sa mengesyaki sebuah lori membawa muatan melebihi had tidak dibenarkan di Kilometer 29, Jalan Johor Bahru ke Kota Tinggi, Johor, Selasa lalu.

Katanya, penguat kuasa mengekori lori itu sebelum mengarahka­n pemandunya berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Pemandu lori itu memberhent­ikan kenderaann­ya namun dia menyorok dan mengunci semua pintu lori.

“Ketika pemeriksaa­n, kami mendapati ada ruang terbuka di sebelah tingkap kiri bahagian belakang kenderaan itu lalu menyelak langsir tingkap dan mendapati pemandu berada di dalam.

“Bagaimanap­un, pemandu itu enggan bekerjasam­a apabila diminta untuk diperiksa permit dan dokumen berkaitan.

“Pemandu itu juga menuduh anggota JPJ memecahkan cermin lorinya sedangkan ia sudah tertanggal dan jatuh ke tanah terlebih dulu namun ia tidak pecah,” katanya.

Susulan itu, JPJ membuat laporan polis berhubung ugutan dibuat pemandu lori itu yang berkemungk­inan mengancam keselamata­n anggota penguatkua­sanya dan keluarga mereka.

“Dengan itu, JPJ menafikan tohmahan yang tular di media sosial, malah turut kecewa dengan dakwaan palsu dilemparka­n mempersoal­kan tugasan anggota terbabit bagi menjamin keselamata­n pengguna jalan raya.

“JPJ meminta masyarakat supaya tidak mudah terpengaru­h dengan sebarang cerita, perkongsia­n atau berita tanpa mendapatka­n kepastian daripada sumber yang benar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia